Sunday, May 23, 2010

ProtOkoL DoA..

Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:

1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab atau alasan
4. Tawasul
4. Pasrah

Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol.

1.Tawasul :

Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.

2. Khusus :

Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.

Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki.

Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;

SMART

1. Specific (khusus)
2. Measurable (boleh dikira)
3. Achievable (mampu dicapai)
4. Realistic (Realistik)
5. Timeline (Tempoh masa)

Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.

Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan.

Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.

3. Sebab atau Alasan :

Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.

4. Tawasul :

Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;

“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”

Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.

5. Pasrah :

Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari.

Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan.

Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.

Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.

Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.

Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.

“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".


DOA UNTUK KEKASIH

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".

Wednesday, May 5, 2010

kau yang bernama cinta^^

...kau yang bernama cinta...
..kau yang memberiku rasa...
kau yang ilhamkan bahagia....
haha....tau x lirik lagu pe nie??
nie lagu drpd cte AdaMaya...
walopun aku xtgk kat tv,aku tgk kat youtube..semangat x??huhu
pe slhnyew sekali-sekala layan jiwa n cte melayu,asyk korea jew....wee~~

sbnrnyew....
aku nak cte arinie psl kisah aku pada semester 2 kat mktb nie...
tinggal bbrp hari lg,aku akan melpskan tggjwb aku sbg p.k.u kls...
pas2 i will FREE from any duty...hehe...
the next sem k.u n p.k.u are fauzan n syirah (the tomato couple)~ngee~

perasaan jd p.k.u??
ermm...okla..alhamdulillah...
dpt pengalaman suka n duka...huhu
yg penting aku bersyukur ketua aku baik sgt n bertanggungjawab walopu kekdg dye selalu buli aku..hehe...
ape2pun...sgt berterima kasih pada mad coz jd k.u yang terbaik bg aku 4 dis sem...

lg jd p.k.u nie??
erm...soklan plg jemu nak jwb setiap hari anak2 buah akan tanye..
"yana,lecturer msk x?"..
"yana,pasnie waktu pe ea?"...
bkn setakat girl saje tp boy sekali...
yg peliknyew smp kal aku nak tanye psl kls,kat mad xnak tanyew lak..alasannye tkt mad mrh..huhu
pasnie...syirah lak ea siap sedia kne jwb soklan2 nie drpd dak2 kls...hehe

tp..yg best nyew jd p.k.u nie...dpt knl rapat dgn lecturer...huhu
dahla..lecturer sem nie best2....
yg plg aku suke bljr n akan merindui nak bljr dgn dye ialah

1. En.Roslee..(PJ) komitmen itu penting
2. En.Sarudin..(PJA)
3. En.Jalal (BMK) dgn tradmark nyew 'mcm biasa n mintak maap la"heee..
4. En.Sam (BM Kemahiran berbahasa) tradmarknyew (jwpn yg plg bangang)

5. En Zaidi (BM sastera) coz dye xkedekut lgsg bg bahan belajar dye..

Antara byk2 lecturer,niela lect yg suke wat lawak,xstress @ xmengantuk ble bljr...
yg aku akan plg rindu en roslee dgn en.din...
sukar nak describe knp...kekdg aku rasa mereka spt ayah aku...
n..bljr pj dgn diaorg sgt seronok...bukan setakat bljr saje,tp keprihatinan mereka n then ilmu luar yang mereka kongsikan byk membuat aku sedar tntg kehidupan yang akan aku alami nnt iaitu dunia guru...
lgpun..mereka nie lect pj,so...lgla cpt mesra sbb lect pj la yg plg bessttt sekali kat mktb...huhu



en din ketua ultraman kami...hehe^^



en.roslee...^^

aku akan merindui mereka berdua sgt2...
aku hrp sem3 atau sem akan dtg,akan belajar pj dgn mereka ag..
aku pun rasa kekwn yg lain pun mesti rase best kan bljr dgn mereka ber2??
smp dak bm1 pun jeles tgk kte asyk main permainan best jew tyme pj.huhu...tp yg plg aku rindu nak main ialah bola biru besar tue..sukenyew...^^
aku pasti akan merinduinyee..

post nie mmg khas untuk meluahkan rase rindu yg akan ade nnt ble da hbs sem2 nie...humm....
so..tinggal seminggu ag nak exam..so..kpd kekwn yg baca post nie..gudluck ea kekwn...
segala salah silap harap dimaafkan ea sepanjang saya jd p.k.u.....=)

gambar~gambar di bawah sbg kenangan semasa kte ber pj bersama~~


~walopun jauh gym dr kls,kami tempuhi bersama~


~tidak jemu bljr menggulingkan diri~


~wirawati ultraman~

~12 rounds pdg sentiasa kami hadapi dgn KOMITMEN YG TINGGI~