Friday, January 20, 2012

Tulang Rusuk..

Assalamualaikum..

Seronok semester ni dapat belajar Anatomi..
dan bertambah seronok lagi apabila lecturer pandai membuat analogi serta mengaitkan sesuatu perkara yang diajar berkaitan dengan Islam..

Dan pembelajaran hari ni tentang 'Sistem Tulang'..
dan bahagian tulang yang diajar hari ni ialah tulang rusuk..

Mesti ramai yang dah tahukan biasanya kalau bercakap tentang tulang rusuk,
kita akan mengaitkan dengan kisah Nabi Adam dan pasangannya Hawa..
iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam..
bila lectrurer berkata tentang Kisah Nabi Adam & Hawa nie teringat yana dengan seseorang yang baru sahaja berkongsi ilmunya tentang kisah ini..=)

Apa yang buat yana tertarik dengan kata~kata lecturer hari ni ialah:

"Wanita dijadikan bukan daripada tulang kepala sebab wanita bukan dijadikan untuk menjadi "Queen Control" atau ketua kepada suami"

dan...

"Wanita juga bukan dijadikan daripada tulang kaki untuk dipijak~pijak oleh suami"

Tetapi...

"Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki untuk berada sentiasa di sisi suami"...SubhanaAllah!^^

Lecturer juga ada berkata tentang peranan seorang suami yang mempunyai tanggungjawab yang besar apabila berkeluarga..
Jika isteri tak solat,tak menutup aurat semua dosa akan ditanggung oleh suami..
dan isteri pula mudah dapat pahala/syurga jika taat pada suami..tetapi masih mudah masuk neraka jika derhaka pada suami..

Kata lecturer yang yana tertarik juga ialah "Jika suami menunaikan solat berjemaah di masjid, dan isteri solat di rumah..suami akan mendapat 27 kali ganda pahala dan isteri itu pun akan dapat pahala yang sama"..

Allahu Akbar!!Senangkan untuk isteri dapat pahala dan syurga Allah berikan..
Sesungguhnya diri ini juga perlu menyiapkan diri ke arah yang lebih baik supaya bakal suami ku nanti tidak mendapat dosa dan azab atas perlakuan diri ku sendiri..Wallahualam..=)

Gambar dalam kelas Anatomi:

Bersunggguuhhh rakan2 yana mewarna struktur tulang ni...huhu..


Hasil kerja mewarna Yana setelah beberapa tahun tak mewarna..hihi..^^


Thursday, January 19, 2012

Tentang Hati

Pesan roomate yana kepada yana tentang HATI..=)

"Yana..hati ini terbahagi kepada 4 jenis...

1. Hati yang memang dah gelap/kotor

Hati yang kotor ini memang Allah dah tetapkan kotor untuknya..Walau diberi segala macam ilmu pun tidak akan masuk dan tak berkesan pada hati.

2. Hati yang bocor

Hati yang bocor nie jika mendapat ilmu masuk dalam hatinya tapi ia akan cepat hilang,
Ayat mudahnya 'Masuk telinga kanan, Keluar telinga kiri'.

3. Hati yang retak

Hati yang retak ilmunya hanya sementara..dan akan hilang sedikit demi sedikit.

4. Hati yang terang

Allah memang jadikan hatinya terang untuk sentiasa mendekati Allah dan sentiasa mengenangkan akhirat.

Kata seorang penyarah tentang hati:
"Walau sehebat manapun otak/akal dia..tapi kalau hati dia tak baik, dia takkan kemana..."

Dan sabda Rasulullah s.a.w:
“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. 

Namun kata pensyarah Anatomi pula..sebenarnya maksud hati dalam hadis di atas adalah sebenarnya jantung..Hal ini disebabkan berlakunya kekeliruan semasa berlakunya peralihan bahasa..

untuk maklumat lanjut layari :
http://drmaza.com/home/?p=1084

Kata Yana: "Sesungguhnya hati itu Allah yang pegang..Beruntunglah jika seseorang itu Allah mengujinya dan dia menempuhi dengan hati yang sabar dan beruntung jugalah bagi sesiapa yang sentiasa hatinya bergetar kerana takutkan Dia yang Maha Besar..Hati ini mudah dibolak-balikkan..Moga hati ini Allah jaga supaya ia tidak lari dalam redha Allah..Akhir sekali, moga hati ini hanya milik Allah, Rasulullah, Keluarga, dan pengganti Syurga selepas ibuku...=)

Wednesday, January 11, 2012

Rasulullah Seorang yang Romantik..

Assalamualaikum..
Sebelum memulakan bicara..
yana nak minta maaf atas post tentang "Tanggungjawab itu Amanah" telah menimbulkan huru~hara sebentar di surau selepas isyak semalam..hehe...
Jadi yana minta maaf pada sahabat2 guru pelatih daripada unit pai yang begitu COMEL memarahi dan merajuk dgn yana terutamanya ummu..sehingga ada nak boikot yana ye..huhu...
Janganlah risau..itu hanya keprihatinan dan sifat empati yang tinggi dalam diri ex~pengerusi memanah terhadap bekas ajk bawahannya..
jangan majuk2 dah ye...=)
tapi..yana nak minta izin pada ustazah2 untuk bekerjasama dengan dia selama setahun la ye memandangkan dia bendahari bagi KRS..hehe...;)
------------------------------------------------------------
Tertarik akan satu cerita semasa di usrah..cerita tentang Rasulullah s.a.w yang romantik dengan Saidatina Aishah..


Rasulullah s.aw. bangun malam untuk melakukan solat Qiamullail bersama isterinya,Aishah.
Di akhir solat, Rasulullah s.a.w membaca doa yang sangat panjang sehingga Saidatina Aishah tertidur di pangkuan riba Rasulullah
Namun..Rasulullah langsung tidak mengejutkan Saidatina Aishah, membiarkan Aishah terus nyenyak tidur di pangkuannya dan meneruskan doanya sehingga mengalir air mata baginda..

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaqnya dan berlemah lembut terhadap isteri mereka"


Sesunggguhnya hati nisa' mana tidak mahukan rijal yang mengimamkan solatnya dan menjadi zaujah yang setia dalam susah mahupun senang..


"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: ayat 132)


Moga rijal yang hadir dalam hidup ku bukan hanya rijal yang hanya kasih sayang atas nafsu semata~mata
tetapi..kasih sayang dalam mencari redhaNya sehingga membawa ke Jannah yang abadi..


*Pesan Ustaz Azhar Idrus: Biar tak cantik, boleh tutup lampu..*
*Pesan seorang mak rakan usrah: Biar tak hensem boleh pejam mata, tapi kalau tak baik hati, boleh jadi sakit hati...*

Tuesday, January 10, 2012

Tanggungjawab itu Amanah..

Assalamualaikum..=)

Situasi di rumah ketika cuti tentang tanggungjawab:

Abah: Adik, bila road tag kereta tamat??
Anak: ermm...hmmm..mmmm..adik tak tahu la abah,adik tak tengok...
Abah: kenapa tak de tanggungjawab ni, tak tengok pun..tak kan semua abah nak ingatkan..Adik kenala bertanggungjawab atas benda sendiri..kereta tu pun kena selalu tengok ada air ke tak..adik kenala belajar..(memang xpernah usik bahagian kereta ni janji cukup minyak,angin..jalan..hehe)
Anak: Baik abah..(xberani nak cakap lebih)..hehe..
Abah: lesen kereta??
Anak: (dengan confident)..bulan 2...(ok..ada tanggungjawab kat situ..hihi)

Dan hari nie juga yana telah mendapat 2 lagi tanggungjawab yang diberi kepercayaan oleh orang lain..=)

*Setiausaha Blok Cempaka*...huaa...sungguh malas yana nak jadi s.u ni..sebab kalau pegang jawatan apa-apa memang sentiasa dapat jadi s.u..(memang nampak yana nie suka menulis kot)hihi~
tapi okla dapat jawatan ni daripada asalnya jadi calon ketua blok yang lagi banyak kerja dan memerlukan suara yang kuat..bak kata kawan yana..yana suara lembut..satu aras pun belum confirm dapat dengar suara yana...huhu~~

Dan pagi tadi perlantikan bagi ahli jawatankuasa KRS..

Perlantikan dimulakan dengan jawatan Pengerusi dan S.U..

oh..bila dengar jawatan su..rasa nak menyorok je..hehe..
memang ada suara~suara lelaki di belakang nak mencalonkan yana...
tiba~tiba terdengar satu suara..."Tak payah bagi yana jadi su, sian dia tahun lepas dah jadi su memanah, banyak kerja"..
rupa~rupanya suara pengerusi memanah yana dulu..terima kasihla Syahrin kerana menyelamatkanku...huhu^^

Namun...ku sangkakan panas sampai petang,rupanya hujan di pagi hari....
Perlantikan N.Pengerusi diteruskan lagi..
terdengar lagi suara~suara belakang ingin mencalonkan yana lagi sekali tapi terus yana membuat simbol pangkah...Jangan!Tak Nak!

Tiba~tiba seseorang bangun yang duduk di bahagian hujung belakang mencalonkan nama yana..iaitu Sekut Sebu..(kebetulan birthday boy haritu)
dan undi punya undi..yana menjadi N.Pengerusi..
bukan hati ni tak ikhlas untuk menerima tapi rasanya kebolehan diri tiada untuk meorganisasikan unit beruniform dengan baik..

Namun...tanggungjawab tetap tanggungjawab...
Amanah serta kepercayaan telah diberikan..
Terima dengan hati yang ikhlas..
dan moga dipermudahkan segalanya..aminnn..=D

Positive Thinking:

Apabila kita sudah memegang satu tanggungjawab pasti kita menjadi orang baru yang lebih baik...Percayalah!!^^

Aqidah,Ibadah,Akhlaq...

Assalamualaikum..
pada hari semalam (9.1.2012) usrah pertama yana telah dijalankan bagi semester ni..
pendekatan usrah hari semalam lebih kepada pendedahan isi~isi kandungan dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'..
bila baca buku ni rasa susah nak berhenti disebabkan yana rasa cukup menarik diselitkan sekali ayat-ayat al-quran serta hadis yang cukup bagus.

Surah Ibrahim, ayat 24-25:
"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat"

Maksud bagi ayat al-quran di atas ada kaitan dengan tajuk entry di atasa untuk dikongsi bersama..
Cuba sahabat2 lihat pokok yang baik akan menghasilkan buah yang sangat banyak dan buahnya pasti elok dan enak dimakan.
Begitulah kita sebagai manusia diibaratkan seperti pokok..

Akar = Aqidah
Batang = Solat
Daun = Akhlaq
Buah = Peribadi kita apabila di hadapan Allah dan manusia

Bila kita lihat di sini..asas utama dalam membentuk peribadi muslim yang baik ialah aqidah.
Jika kita tidak percaya akan Allah dan sifat rabb-Nya dan tidak selidik kenapa kita dijadikan di muka bumi ini..adakah kita akan menjadi muslim yang baik??

Allah tidak menjadikan manusia itu secara sia-sia tanpa ada tujuan..
Apa tujuan kita hidup??
Ada 2 tujuan kita hidup:
1. Mengabdikan diri kita kepada Allah..
2. Menjadi khalifah di muka bumi Allah..

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka  Maha Tinggi Allah, Raja sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia"

(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Dalam aspek aqidah ni, yana dapat konklusikan bersyukurlah sahabat-sahabat kita telah dilahirkan terus menjadi islam..tapi lihatlah orang yang dilahirkan kafir perlu menjalani liku-liku untuk mendapatkan islam ini..
Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta.Cinta yang boleh menjadikan kita merasa rindu dan terikat dengannya.
______________________________________
Ibadah
ibadah diibaratkan seperti batang pokok tersebut..
jika kita solat.kukuhlah ia..jika tidak, tumbanglah ia..
Ibadah adalah untuk kita membina hubungan dengan Allah..

"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahnyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan letih."
(Hadis Riwayat Al-Nasai')

Ya...mungkin kita kadangkala kita lalai dalam mengerjakan solat..teringat akan dunia..teringat kerja yang belum siap, memikirkan apa yang hendak dilakukan seterusnya..tetapi ingatlah sahabat, jika sebarang idea yang datang kita solat itu, itu semua adalah idea daripada syaitan..
Jadi,kita mestilah beribadah dalam keadaan hati yang merasai kehadiran Allah dan membuang kesibukan dunia.

Berkata Ulama': "Sembahyang itu adalah urusan Akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (beerti) kamu telah keluar dari dunia"

Yana sendiri cukup berharap dan sentiasa berdoa agar solat yana semakin hari-semakin khusyuk...Doakan bersama..=)

Ibadah yang kedua selepas solat yang biasa kita lakukan pastilah membaca Al-quran..

"Sesungguhnya Al-quran ini diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut"
(Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim)

Kalau kita melihat orang-orang arab mengaji al-quran pasti mereka akan menangis kerana mereka faham dan merasai kedukacitaan maksud-maksud yang ingin disampaikan Allah kepada hamba-Nya. Jadi cubalah kita membaca al-quran sambil melihat maksudnya..=)

Ibadah ketiga: Doa.
"Doa yang paling baik ialah doa yang paling ringkas tetapi hati itu penuh pengharapan supaya Allah memakbulkannya.."

________________________________________
Akhlaq
"Tiada ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlaq yang baik"

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Mungkin tidak semua mempunyai akhlaq yang sempurna kerana manusia memang tidak dilahirkan sempurna..jadi pastilah kita mempunyai kelebihan serta sifat buruk..
Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu untuk mengajak rakan2 kita ke arah kebaikan, kerana jika kita menyampaikan sesuatu kebaikan itu dan jika kawan kita mengamalkan dengan berterusan kita akan mendapat pahala yang berterusan..InsyaAllah..^^
namun gunakanlah kelemahan kita untuk menuntut ilmu dengan orang-orang yang lebih soleh..=)

Sifat-sifat Akhlaq Seorang Muslim:
1.Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara syubahat
2.Memelihara penglihatan
3.Memelihara lidah
4.Bersifat pemalu
5.Bersifat lemah-lembut dan sabar
6.Bersifat benar
7.Bersifat tawadhuk
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
9.Bermurah hati.

P/S: Latihlah diri untuk menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat..Sesungguhnya Allah tidak melihat hasil akhir itu tapi Allah melihat kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu perkara itu..Salam mujahidah..^^

Wednesday, January 4, 2012

6 Minggu itu Berharga

Assalamualaikum..
Bagaimana hari permulaan semester bagi guru2 pelatih di ipg??huhu..
tak ketinggalan juga ingin mengucapkan 'best of luck' pada rakan2di universiti sedang menghadapi peperiksaan..=)

Alhamdulillah..
hari permulaan semester ni baik2 aje walaupun dapat bilik tingkat 4..huhu..
tapi yang xseronok sikit sebab berjauhan sikit daripada rakan2 kelas..hmm..

6 minggu percutian akhir semester telah digunakan sebaik mungkin..kot..hehe..
Jom nak kongsi ape yang yana buat...selain menjadi bibik...wee~~

3.12.2011

Perkahwinan sepupu yana...Kak Na & Pak Lah (Fara Diana & Abdullah)


Anak sedara yana, Dina yg comel..=))

Rombongan pengatin lelaki dah sampai..

Bersama makcu yg kuat gossip..hihi


Di rumah Pak Lah..^^

We're BIG FAMILY!!!

Status>> sangat xsabar nak tengok kakak sendiri kahwin.. dan nak jadi Maksu Na..hihi^^


10.12.2011

Hantar seorang rakan yana untuk belajar ke oversea di United States..=)
Namanya Aiman Zuhali..
Aiman salah seorang rakan 91 @llstars yana di sbpit..
tapi yang uniknya dia antara rakan2 yang lain di sbpit, yana telah mengenali dia daripada form 2 di English Camp sebelum yana mendapat tawaran belajar di sbpit..
dan dia juga merupakan ketua rumah sukan yana.. Aminudin Baki,Hidup UngU!!..hehe..

Amba's Vampire..Mana satu yana??hehe..

Inilah Amba...di bawah kepimpinan Aiman&Auni. AMBA BOLEH3x!!

Bersama Damia kurus,Kiko cun, A'an cute..ngee~


Selamat Berjaya Aiman..Semoga Allah melindungi dirinya sentiasa..=)





Selain aktiviti di atas..yana banyak ulang alik Temerloh>KL disebabkan banyak hal di sana..
dan berkesempatan ber'Ombak Rindu' bersama family yana..huhu~~
kirenya..cuti nie yana berholiday di KL jela..huhu..

Minggu Akhir cuti..
yana buat kek batik..
rasa seronok dapat bagi rakan2 makan dan jiran2 baru yana..huhu..
Ada yang mengatakan, 'lagi sedap daripada yang dulu'...
yeayy!!walopun rasa segan untk bagi mereka merasa..tapi alhamdulillah la ada yang kata sedap..huhu
next trial nak buat kek coklat dan cookies daripada resepi seorang mama kawan yana..
Wish me LuCk!!hihi..





Bismillahirrahmanirrahim..Selamat menjalani semester yang baru,tahun kedua ijazah..
3 tahun lagi...=D