Saturday, March 31, 2012

Kami Anak Dara Baru Belajar..

Asasalamualaikum..
Hari inilah adalah hari kedua sambutan jubli perak di ipg (1April 2012)..
masih keriangan bunyi2 di luar dengan jualan2 dan persembahan2 yang ada..
dan yana juga baru pulang dari sana..terasa rindu untuk berniaga sekelas seperti sambutan konvo 2tahun lepas..

Dan hari semalam merupakan hari sambutan besar-besaran..
Jika dulu yana menjadi regalia tahun ini yana menolong ibu (Pn Rogayah) untuk persiapan bilik diraja..
selama seminggu kepenatan menyiapkan bilik diraja ini..

Kepenatan itu juga berbaloi juga kerana kami 7 org anak dara ini berkesempatan belajar mengubah bunga segar yg datang dari Cameron Highlands..
Mula~mula agak kekok untuk mengubah bunga tapi bak kata Umi (Pn. Hajjah Ramlah)..
"Xpe xpandai, belajar dan yang penting ialah YAKIN DIRI!! begitu juga dengan memasak"..
huhu~
dan lama-lama kami jadi pandai melihat tutorial free drpd Umi..dan siap dapat pujian lagi hasil gubahan kami..

Jadi, pada anak2 dara di luar sana...Jom kita Yakin Diri walaupun sesuatu hal itu adalah yang pertama kali bagi kita!!...=))

Bunga Segar dari Cameron^^

Cuba itu tiada salahnya..=)

Hasil gubahan anak2 dara~~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, March 26, 2012

Mereka mengajar erti syukur..

Mereka yang sangat riang dan susah untuk lepaskan kami..=)



Assalamualaikum..
alhamdulillah yana baru je selesai untuk sesi PBS yang ke-3..
hanya tinggal 1 kali lagi untuk pbs dan tahun depan akan bermulalah praktikum..

Baru-baru nie..yana telah melakukan pbs di kampung yana bersama 3org sahabat..
Inilah kali pertama yana nak mencuba sekolah kampung.
iaitu SK Batu Balai, Jerantut..

Banyak benda yang berbeza antara sekolah kampung dan sekolah bandar..
antaranya....sk kg nie tak pernah terima cikgu2 PBS..puas pulak kami nak menerangkan pada GB dan GPK1 apa itu PBS..
Kedua, biasanya bilangan kelas di sk bandar akan sampai 4-5 kelas..
tapi kat sk kg ni hanya ada sampai 2 kelas..dan bilangan murid dalam 1 sekolah hanyalah seratus lebih..
Ketiga, biasanya kalau yana masuk kelas pasti murid2 akan tanya FB yana apa tapi lain pulak di sini, kurang yang bertanya pasal FB dan jika ada pun, ada seorang murid berkata..

"Cikgu, FB cikgu apa?? saya nak add cikgu..tapi bulan 6 nanti kita chatting ye sebab saya balik Johor, kat sini takde line"

Apa yang buat yana kata mereka ajar yana erti bersyukur antaranya sebab di atas inilah..
mereka tiada kemudahan internet macam budak2 bandar untuk bermain game,berfb sehingga ada 2 orang murid ni sanggup menggunakan masa rehat mereka untuk bermain komputer di makmal komputer.. hanya di situ sajalah kemudahan internet dan yana dan kwn2 pun terpaksa hanya online di situ..
dan buat yana rasa kasihan pada mereka, mereka sgt teruja dengan henset yana sehingga susah nak lepas..
mungkin mereka tiada kemudahan seperti itu..jadi yana biarkan mereka bermain dengan henset yana untuk seketika..

Ya Allah..bersyukurnya aku dengan segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku..

Antara soalan murid2 nie lagi ialah:
"Cikgu..cikgu dah bertunang@kahwin??"

dan yana dan kwn2 terpaksa berkata kami semua dah bertunang..
niat kami bukan nak menipu tapi atas sebab ada beberapa accident yang xdiingini telah berlaku kami terpaksa menipu..
dan nasib baiklah ada cincin di jari ni, mungkin buat mereka lebih percaya dan mereka sgt bersungguh cari gambar tunang yana di dalam henset..

dan alhamdulillah yana berjaya membuat seorang budak nie yg terasa terpinggir nie mendapat kawan2 untuk berkawan dengannya..
Hal ini mungkin juga yana pernah merasai perasaan seperti itu sewaktu di matrik N9 apabila kuliah yana terpaksa dibubarkan dan  1 kelas yana yang kami dah rapat terpaksa masuk di kelas2 yang telah ditetapkan..
terasa sangat down ketika itu kerana dipinggirkan.. dan alhamdulillah nasib baik dapat tawaran mktb dah seminggu lepas itu..=))

Apa-apa pun banyak pengalaman yang yana dapat di sini dan layanan cikgu2 di SKBB sangat~sangat baik..
Terima kasih warga SKBB..^^

Jom tengok antara gambar di SKBB^^

Yana panggil budak laki sebelah yana ni Johan Ashaari sebab macam muka pelakon tu^^

6 Bijak..kelas yg yana dapat relief setiap hari..=)

Mereka bukan sombong..mereka cuma malu..puas nak ambil gambar dua murid org asli ni..><

Selain mereka suka teka~teki, yana perkenalkan mereka main "kahwin, rujuk, cerai"

Observe cikgu PJ untuk tugasan assignment kami..=)

Sempat bermain dengan mereka dengan berbaju kurung..hehe..
                                   
Melakukan aktiviti dengan mereka^^
Ada macam pelakon Fimi Don x, yg dlm cte hikaya putera shazlan tu??
Kami bersama GB di hari akhir..
Bersama GPK1..ada gaya seorang lect kami..hehe~







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, March 11, 2012

Blog Cikgu BM

Assalamualaikum..
Jom!Jom! yana nak ajak kawan2 yana tengok blog bahasa melayu yana..
kalau kawan2 nak tau, inilah antara amali bg subjek BM yana iaitu BMM 3105..=))

http://bmituseronok.blogspot.com/

Terima kasih pada seorang teman yana yang banyak memberi komen pada kerja tutorial yang yana buat dalam masa 2 hari..
Sesungguhnya..sangatlah penat buat tutorial bm tu..tapi bila dah siap tersangatlah bersyukur..alhamdulillah..
ok..nak tengok sendiri hasil kerja tutorial dan tapak pembelajaran yana..jom klik link di atas^^

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, March 5, 2012

Pameran Buku Islam

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya tidak bersua di dalam blog ini..
sekarang nie aktiviti di maktab semakin mem'busy'kan diri ini..
kerja amali bmm 3105 yang sentiasa membelengu diri untk disiapkan pada setiap minggu, latihan rumah sukan, persediaan lawatan ke IPBA, lawatan ke kg,bantal,taman negara, bina insan guru di Cameron Highlands (first tyme jauh dari PULAKO) huhu~
dan yang terbaru musim assignment sudah menjelma..

Namun kesibukan diri dalam menjalani kehidupan sebagai guru pelatih masih ada ruang diri ini untuk pergi ke pameran buku islam yang diadakan di Presint 3,Putrajaya baru~baru ini..
Ini adalah pertama kali yana pergi ke pesta buku islam yang selama ini hanya pergi pameran buku antarabangsa sahaja..

dan..sebenarnya tiada perancangan khusus pun nak pergi ke sini..
beberapa minggu sebelum pameran buku ini berlangsung sememangnya kawan yana beria-ria ajak ke sana dan poster tu dipostkan kat wall yana di fb..
sememangnya hati ini pun melonjak-lonjak nak pergi tapi disebabkan tempatnya di Putrajaya, jadi kemudahan pengangkutan nak ke sana amatlah susah..lainlah kalau ada Superman datang membantu kan..hihi..

Alhamdulillah..beberapa hari sebelum nak pergi ke pameran buku islam..
Memang ada miracle, Superman yana datang membantu..hehe..

Superman: "Adik,akak ajak pergi pameran buku islam,adk nak ikut?"
Yana: "oo..adk tahu ada pameran buku islam,akak pun ada ajak tapi.....(dalam fikiran kerja bmm 3105 byk xsiap lagi)..nantila adk fikir dulu..

Fikir punya fikir...yana bertekad jela nak pergi..dan cuba sehabis baik seharian menyiapkan kerja bm amali yana tu...=))
dan yana pun drive kereta sampai ke bentong dan Superman yana ambil yana kat situ..
Superman yana itu adalah abah yana...(he really know that me love book)^^

He's my hero n my Superman..hihi~

Atiq yg beria nak pergi..berbaloi tunggu dia di stesen terminal putra sejam, diborongnya 9 buah buku..huhu~

Yana hanya beli 3 buku (yg penting dpt beli buku kak ain..) dan 2 cd (hafiz hamidun & sami yusuf)
Really love lagu Sami Yusuf..
Tq pada seseorang teman yang kenalkan lagu~lagunya pada yana..
buka~buka laptop mesti 3 lagu nyanyian sami yusuf yana wajib dengar dulu..hehe..