Monday, April 2, 2012

Jalan yang dipilih-Nya..

 Kata Pengerusi Arif "Dakwah dan gerak kerja dakwah adalah benda yang berbeza..Ramai orang boleh berdakwah menggunakan fb,youtube tetapi tidak ramai boleh mengorbankan masa, kerja untuk melakukan gerak kerja dakwah"

Assalamualaikum..
SubhanaAllah, Walhamdulillah...WalaillahaiilaAllah..WaAllahuakbar!
Sungguh tak disangka kini diri ini dipilih oleh Allah untuk melakukan gerak kerja dakwah..
Pada malam itu, perjumpaan pertama telah diadakan...
hati ini sungguh berdebar~debar...
setiap ahli yang memasuki pintu kelas itu semuanya nampak hebat2 belaka dengan ilmu agama..
berserban..berkopiah..dan semuanya muka disirami Nur yang tersendiri menambahkan kegelisahan di hati mengenangkan siapalah diri ini untuk memasuki organisasi itu..

Namun..kata2 drpd pengerusi dan ahli2 yang berkata~kata di hadapan menguatkan diri untuk berjuang bersama mereka..
dan banyak juga kata2 terkesan di hati mentarbiyahkan diri ini seketika..
dan alhamdulillah ketua yana seorang yang sangat mesra alam, yang dulunya disangka serius rupanya seorang yang pelawak juga..
Kehadiran teman seperti Ummu menguatkan diri ini juga..
Mungkin Allah juga mengetahui rasa resah diri ini bagaimana...
tetapi sedih jua..seoarang sahabat yana tidak dapat bersama dalam perjuangan ini...
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Hamba-Nya..

Cabaran pertama telah yana lalui iaitu cuba memahami loghat kelantan yang sangat pekat digunakan oleh ketua yana..hihi~
Cabaran kedua adalah setiap hari rabu yana mungkin akan membawa boot krs dan terpaksa menyiapkan diri awal dengan baju2 uniform yg sukar dipakai tersebut untuk menghadiri liqa' selepas subuh..
Cabaran ketiga adalah mungkin program2 yang dirancang dibuat dengan sepenuh hati namun mungkin sambutan daripada pelajar tidak menggalakkan..
Namun..itulah pengorbanan...=)

Kata pengerusi "Dakwah dan Tarbiyah itu adalah satu perkara yang berbeza.."
Selain menyeru orang lain melakukan kebaikan..diri ini juga perlu ditarbiyahkan juga..
Antara amanat2 Pengerusi yang dikongsi oleh dia yang menjadikan Hassan Al-Banna sebagai ikon ialah:

1)Perbaiki diri di samping menyuruh orang melakukan kebaikan
2)Dekati orang lain dengan kasih sayang
3)Segerakan waktu solat, elakkan mengumpat dan banyakkan berzikir

Doakan diri ini kuat dalam mengerjakan kerja baru ini...Moga Allah kasih kamu semua..^^