Wednesday, May 23, 2012

Hidayah-Mu Sungguh Ku Perlu..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru sahaja lepas jawab exam paper 'Anatomi & Fisiologi'..
Kalau menurut status kawan2 yana di IPG ada yang menulis "Aku nak jadi cikgu bukan nak jadi doktor"..hehe
tapi apakan daya..cikgu BM perlu gagahkan jua untuk 'study' subjek ni disebabkan ia minor bagi subjek kami..
Maafkan yana pada rakan2 yang berteka~teki dengan yana bertanyakan jawapan pada soalan spot..yana sendiri terpinga~pinga dalam mencari jawapan spot dan bukan tak nak berkongsi..maafkan ye..^^

Dan esok akan menjawab paper last sebelum bercuti..
dan disebabkan esok paper petang..jadi meluangkan masa sebentar dengan blog ini..
yana terpanggil untuk menulis entry ini setelah yana membuka video di Youtube,melayan video daripada kumpulan MrTheAllShared..melepaskan 'tension' daripada menjawab paper Anatomi..huhu
Kebanyakkan video mereka adalah berkaitan wanita/muslimat dan video yang yana baru lihat adalah berkenaan dengan 'Aurat'..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An-Nur:Ayat 31)

Situasi di sekolah menengah:

BADAR (badan kerohanian) : Pada setiap masa, pelajar muslimat perlu menutup auratnya.Jika sesiapa tidak memakai stoking akan dikenakan denda sebanyak RM 0.50.

Pelajar Perempuan : Kita kena pakai stoking, nanti kena nampak di Badar akan kena denda RM 0.50 lak..

Sewaktu peperiksaan Pendidikan Islam:

Soalan: Apakah batas-batas aurat perempuan??
Jawapan: Kesemua anggota badan kecuali muka dengan tapak tangan (jawab dengan yakinnya)

Situasi-situasi di atas telah yana lalui dan yana ingin kongsikan apa yang yana rasa dan sehinggalah yana terpanggil mendapat Hidayah-Nya dan dapat melakukan dengan seikhlas hati..InsyaAllah..

Kalau dilihat dahulu yana menutup aurat kerana takutkan didenda oleh pelajar-pelajar BADAR..dan bukan kerana takutkan Allah..
dan yana menghafal hukum-hukum Allah dan suruhan Allah dalam menutup aurat hanya untuk dijawab dalam peperiksaan Pendidikan Islam.. 
Hakikatnya yana menghayati hukum tersebut hanya setakat dalam kertas peperiksaan untuk mendapat keputusan cemerlang..bukan mengaplikasikan dalam kehidupan yana sebagai muslimat..(Cemerlangkah aku??Astaghfirullahalazim....)

Selepas habis alam persekolahan..
yana mendapat tawaran matrikulasi di N9..
sewaktu itu..masih antara ON/OFF dalam memakai stoking..
hati itu masih berkata-kata "Dulu kat sekolah aku pakai, sekarang??"
tapi iman di hati itu Allah tak kuatkan lagi..dan yana masih menjadi muslimat yang masih tidak sempurna menjaga auratnya..

Sehinggalah yana memasuki IPG terindah ini..
dikelilingi oleh sahabat2 yang solehah...Alhamdulillah..
Pada semester 2 ketika pengajian persediaan, yana dipilih oleh Allah untuk pergi ke Mekah mengerjakan Umrah..
Di sana..semestinya kita perlu menjaga aurat kita sebaik-baik dan selengkap-lengkapnya...
dan yana sukakanya kerana yana rasa tenang...tapi sekembali umrah yana masih tidak memakainya kerana masih takut-takut tentang pandangan orang..(Pandangan Allah,kamu tak fikir yana??)

Tibalah pada suatu hari yana menyatakan perasaan yana pada seorang sahabat yana..
" Sahabat, yana teringin sangat nak tutup aurat dengan sempurna,pakai stoking macam yana pergi Mekah dulu sebab yana rasa suka sangat dan tenang tapi sahabat...yana tak kuat, yana takut keluarga, saudara-mara, kawan-kawan akan memerli yana sebab yana pernah pakai dan teruk diperli..sehingga tu yana mematikan hasrat untuk memakai stoking"

dan sahabat yana sangat memberi kata-kata semangat pada yana untuk melakukan kebaikan ini biarpun sedikit demi sedikit..=)

Dan akhirnya yana cuba memakainya...yana beranikan diri demi mengerjakan suruhan Allah supaya menutup aurat dengan sempurna..Alhamdulillah penerimaan keluarga yana sangat positif sehingga kakak yana memberi sokongan pada yana apabila ketika yana ingin membeli sandal baru, kakak yana memilih sandal untuk yana "Adik kena pakai sandal macam ni dah sekarang sebab adik dah berstoking sekarang". Hanya Allah je yang tahu ketika itu yana rasa sungguh terharu atas sokongan akak..Dalam hati yana, yana juga mengharapkan akak akan jua mendapat kekuatan untuk memakainya...Alhamdulillah,kakak yana sekarang juga bersama-sama yana melangkah setapak kebaikan dalam menjaga aurat sebagai muslimat dengan lebih sempurna..^^

Ujian yana tidak berhenti di situ..
yana masih diuji keimanan apabila yana pergi reunion di PD bersama-sama rakan-rakan..
Ada seorang kawan perempuan yana berkata "eh2..yana pakai stoking"..
ketika itu jantung yana macam nak pecah kerana yana masih dalam mencari kekuatan dan yana hanya mampu tersenyum..
dan ketika bermain di pantai pun yana ternampak beberapa rakan kaum adam memandang yana semacam..pandang daripada atas sehinggalah ke bawah...
Hanya doa dalam hati yana tuturkan moga Allah memberi yana kekuatan..kerana yana tahu itu adalah suatu ujian terutamanya ketika kita masih bertatih dalam melakukan sesuatu kebaikan dan Allah melatih kita supaya Istiqamah..

Dan.....Alhamdulillah..kini yana tidak kisah orang nak memandang yana memakai stoking kerana yana bangga yana telah menutup aurat kerana Allah...Ya..Hijrahku Kerana Allah...
Walaupun kekadang kat rumah mesti ada je terhilang stoking lepas basuh mesin atau tertukar stoking dengan akak..bagi yana itu adalah perkara yang 'sweet'..janji yana tak boleh berputus asa untuk mencari redha-Nya kan??..hehe..



Perasaan menutup aurat???
Sejujurnya...Seikhlasnya...Seriusly...yana rasa sangat tenang..
Yana juga mengharapkan kawan-kawan yang membaca 'post' ini juga mendapat hidayah daripada Allah untuk melakukan hijrah yang masih tidak sempurna..begitu juga untuk diri ini yang masih tidak sempurna..
Yana pasti rakan-rakan semua sudah cantik bertudung menutupi dada...tetapi masih tidak berstoking dan mencari kekuatan untuk memakainya..InsyaAllah..sedikit demi sedikit ya...=)

Perkongsian terakhir, satu lagi sebab yana mendapat hidayah dan kekuatan untuk memakai stoking ialah apabila yana melihat video tentang Rasulullah..di mana Rasulullah sangat sayang pada umatnya sehingga dia masih ingin menolong umatnya di titian As-Sirat di akhirat kelak..
dan dalam hati yana tidak mahu Rasulullah sedih dan terpaksa membantu yana di titian as-sirat disebabkan hanya yana tidak menjalankan tanggungjawab yana dalam menutup kaki yana iaitu aurat yana sebagai muslimat...Tersedu~sedan yana melihat video itu dan yana sangat bersyukur  Allah telah mengurniakan kekuatan dan hidayah ini pada yana sebelum yana pergi menghadap Illahi...


 Masih berkata "biarlah..masih tak dapat petunjuk"
Dalam surah pertama Al-Quran, Surah Al-Baqarah pada permulaan ayat telah terang-terang mengatakan 
"Aliff Lam Mim (1)
 Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa (2)"

Sesungguhnya Ya Allah..tuntunilah perjalanan hidupku dan berikanlah diriku dan orang sekelilingku kemanisan dalam mengerjakan suruhan-Mu Ya Allah...

*Perkongsian ini bukan untuk membuka aib sendiri,
bukan juga ingin membangga diri,
tetapi tulus ikhlas di hati,
untuk renungan rakan2 yang disayangi,
dan sebagai persediaan menghadap ILLAHI.*
*Nukilan Kisah Daripada Nur Lyiana bt Hamzah Yang Tidak Sempurna*



Sunday, May 20, 2012

Perkara~perkara untuk berjaya dunia dan akhirat

Assalamualaikum..
rasanye dah lama yana tidak berpenakan ilmiah dlm tulisan blog yana ni..
asyik bercerita tentang hal sendiri saja..
yana nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang sedikit ilmu yang yana dengar..

Dengan kehendak Allah..pada petang itu mesyuarat bagi ahli lajnah yana tak jadi..
dan..dengan kehendak Allah juga yana berkesempatan mendengar majlis ta'alim yang hari tu disampaikan oleh Kak Fatin tetapi kebiasaannya akan disampaikan oleh Iqa..dan juga dihadiri rakan2 surau Ku fasehah,Ummu Aiman dan Shikin..

Selepas kak Fatin membaca beberapa helaian tentang kisah dan hadis~hadis dalam kitab..
kak fatin berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk mendapatkan "Perkara-perkara untuk berjaya dunia dan akhirat" :

1. Lafaz Syahadah~ iaitu memasukkan kebesaran Allah di dalam hati dan membuang kebesaran manusia.
2. Solat dengan Khusyu'
3.Perbanyakkan zikir
4.Memuliakan orang lain
5.Ikhlas niat kerana Allah
6.Dakwah dan menyampaikannya

Dan yana sungguh tertarik dengan sesuatu yang disampaikan oleh kak fatin..
"Sesiapa yang memperkenankan hajat saudara Islamnya, Allah akan memberi pahala iktikaf 33x dan ganjaran 1x iktikaf bersamaan dijauhkan daripada api neraka seluas 3 luas parit iaitu bersamaan jarak bumi dan langit"

Dengan kehendak Allah juga..yana berpeluang pergi ke majlis daurah..setelah ilmu tentang aqidah disampaikan tiba~tiba terasa menitis air mata mendengarkan doa yang diutarakan oleh si pemberi ceramah..
antara isi doannya "Ya Allah, biarlah orang lain melihatku dengan pandangan yang dapat mengingati-Mu Allah..." (Terkesan sungguh di hati ini...)

Akhir sekali, semasa mendengarkan ketika sesi Biaga Talk..
Doa ini yang diharapkan untuk kita sentiasa baca semoga jauh daripada rasa riak kerana riak ini adalah satu penyakit hati yang kekadang senang hadir dalam hati ini...
"Ya Allah..kurniakan daku mata hamba"
Hal ini kerana, bila kita memandang orang lain dengan rasa kehambaan, dapatlah mengelakkan rasa bangga dalam diri itu..Sesungguhnya bila kita pandang orang lain dengan hina, Allah akan pandang hina kepada kita"

*Harap dapat sesiapa betulkan jika yana tersilap memberi...

 Selamat Melangkah Ke Bulan Rejab =)
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Friday, May 18, 2012

BM3 Bersama 3 Tahun

Assalamualaikum..
Pengunjung yang sentiasa sudi lawat blog ini sihatkah??
Lama yana tidak bersua dengan blog yana ni..
Minggu ini merupakan minggu exam IPG..
tetapi yana mengambil sedikit 'gap' untuk 'next paper' dengan meluangkan tulis 'new post' ni..

Sedar tak sedar dah 3 tahun yana berada di IPG ini sebagai guru pelatih..dan lagi 2 tahun akan men'grade'kan diri..huhu...'xcabarnye!!"
Dalam beberapa minggu ini, banyak aktiviti yang diluangkan bersama dengan ahli adik beradik yana di IPG ni iaitu kelas yana sendiri Unit Bahasa Melayu (3),unit BM yang termuda..hehe~

Aktiviti ini diluangkan bersama secara langsung dan tidang langsung sebenarnye..
Apakah aktivitinnya???

Bina Insan Guru di Cameron Highlands..=)

Melukis Game Ular untuk Subjek BM..=)
 Apakah Al-kisah cerita BIG kami semester hadapan?? Tak Sabar untuk Program Anak Angkat..^^


Pesta Buku Antarabangsa 2012..=)
Yana Orengers, Syirah a.k.a Umi Purplers & Atiq Greeners
Menghabiskan Baucher Buku yang berbaki RM 50 membeli buku Biografi Rasulullah ni.(dah lama menantikannnya~~)
Buku ini juga akan dibawa bersama sehingga mendirikan baitul muslim nanti,biar anak~anak boleh baca juga nanti..hehe..sekarang biar buku ini berada di 'Baiti' dahulu..=)

Jamuan Kelas di Lata Jarum..=)
Akhirnya menjadi juga 'trip' sekelas setelah lama perancangan dibuat..
ada sahaja masalah..namun Allah permudahkannya..cuma masih terkilan ada 3 orang adik beradik kami tak dapat bersama-sama..=(

Ber'BBQ" dan Berendam~~^^

Plan yang tak disangka..Mendaki Puncak Bukit Fraser..(serius sakit tengkuk drive..huhu~~)
Sukakan gambar ini sebab kerana hanya menggunakan 'Camera Timer' dan hasilnya sangat 'Nice'walaupun banyak halangan kereta lalu di hadapan..huhu

Kemanakah pula 'Plan' BM3 Siblings' lepas ni ye??hmm~~

Hari Sukan Olahraga 2012
Banyak 'scene' yang tak dijangka berlaku pada hari sukan ni yang takkan dilupakan...
Acara Merentas Desa: ramai yang bertanya, "Yana,kenapa xlari??" huhu~
dan berkat daripada jalan kaki yana dapat no 53 drpd dapat no 6 tahun lepas..hehe.....

Acara 100m: Terjatuh terjelepuk di garisan penamat akibat padang basah..(syukur...dapat no2)
Acara 400m (acara fav dari sekolah): Terasa nak pitam di pertengahan larian dan akhirnya tersungkur juga di garisan penamat..Itulah kali pertama terasa kekejangan kaki sehingga tak boleh nak bergerak..Namun sangat terharu atas keprihatinan senior2,rakan2, dan junior2 yang menolong di bilik rawatan..dan daripada itu yana tidak dapat meneruskan acara 4x100m  tidak perlu hadir untuk perbarisan KRS di acara penutup..huhu..dan alhamdulillah dapat no3..=)
Konklusinya~Penghujung yang tidak sempurna bagi yana sukan tahun ini..hee~

'Scene' di mana salah seorang ahli BM3 sedang berlari di 'lap' terakhir bagi acara 1500m iaitu Ahmadi..=)
 Walaupun Ahmadi bukanlah daripada rumah sukan yana tapi akibat pertalian kami sekelas, kami semua menyokonganya untuk memenangi acara ini...huhu~
Selamat Berjaya untuk Madi mewakili IPG untuk larian sempena Hari Sejuta Belia tahun ini..
We Proud Of You...=)

(*Mungkin ada yang tersenyum~senyum melihat gambar scene larian di atas..Siapakah?? hehe..)

Moga BM3 Mampu Melakar Kenangan Yang Berbaki 2 Tahun Ini Lagi~~