Pesan roomate yana kepada yana tentang HATI..=)
"Yana..hati ini terbahagi kepada 4 jenis...
1. Hati yang memang dah gelap/kotor
Hati yang kotor ini memang Allah dah tetapkan kotor untuknya..Walau diberi segala macam ilmu pun tidak akan masuk dan tak berkesan pada hati.
2. Hati yang bocor
Hati yang bocor nie jika mendapat ilmu masuk dalam hatinya tapi ia akan cepat hilang,
Ayat mudahnya 'Masuk telinga kanan, Keluar telinga kiri'.
3. Hati yang retak
Hati yang retak ilmunya hanya sementara..dan akan hilang sedikit demi sedikit.
4. Hati yang terang
Allah memang jadikan hatinya terang untuk sentiasa mendekati Allah dan sentiasa mengenangkan akhirat.
Kata seorang penyarah tentang hati:
"Walau sehebat manapun otak/akal dia..tapi kalau hati dia tak baik, dia takkan kemana..."
Dan sabda Rasulullah s.a.w:
“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”.
Namun kata pensyarah Anatomi pula..sebenarnya maksud hati dalam hadis di atas adalah sebenarnya jantung..Hal ini disebabkan berlakunya kekeliruan semasa berlakunya peralihan bahasa..
untuk maklumat lanjut layari :
http://drmaza.com/home/?p=1084
Kata Yana: "Sesungguhnya hati itu Allah yang pegang..Beruntunglah jika seseorang itu Allah mengujinya dan dia menempuhi dengan hati yang sabar dan beruntung jugalah bagi sesiapa yang sentiasa hatinya bergetar kerana takutkan Dia yang Maha Besar..Hati ini mudah dibolak-balikkan..Moga hati ini Allah jaga supaya ia tidak lari dalam redha Allah..Akhir sekali, moga hati ini hanya milik Allah, Rasulullah, Keluarga, dan pengganti Syurga selepas ibuku...=)
Mati
5 years ago
No comments:
Post a Comment