Friday, February 25, 2011

Cukup Cintai dalam Diam..shhh!!

Cukup cintai dia dalam diam,
bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya..
bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNya..
bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa daripada godaan syaitan yg halus..

Cukup cintai dia daripada kejauhan,
kerana hadirmu tiada akan mampu menjauhkannya daripada ujian..
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
dan kerana mungkin sahaja akan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan,
memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Cukup cintai dalam diam,
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
kerana tiada yang tahu rencana Illahi..
mungkin sahaja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan..
serahkan rasa yang tiada sanggup jadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliknya..
biarkan Dia yang mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya..=))

1 comment: