Tuesday, December 27, 2011

Musibah Menghapuskan Dosa..

Assalamualaikum...

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis)
Sejak beberapa minggu atau bulan yang lepas sebenarnya yana telah menghadapi sakit gastrik..
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya sehingga lemah satu badan apabila makanan~makanan yang telah masuk ke dalam perut telah keluar semula melalui mulut = muntah..:(
Akibat kedegilan yana sendiri, tidak mahu makan pergi ke klinik kerana mengelak daripada makan sesuatu telah menjadi~jadi gastrik yana selama beberapa hari..

Apabila dah terasa sakit sangat, yana terpaksa juga pergi ke klinik dan akhirnya perkara yang yana elak terpaksa ditempuhi jua iaitu makan ubat air yang bewarna putih...><
Kini,yana tidak boleh berpisah dengan ubat gastirk..terpaksa menjadi bff yana sementara waktu ini..hehe..
Kadang-kala gastrik ni apabila menekan~menekan perut ini seperti duri-duri yang mencucuk-cucuk membuatkan yana mengalir air mata..sakiitttt!!....sambil mengenangkan cerita-cerita abah yana dan seorang kawan yana yang menceritakan kisah orang2 yang sakit gastrik terpaksa melakukan pembedahan akibat gastrik yang telah teruk seperti pembedahan di alur pernafasan disebabkan angin terlalu banyak keluar dan pembedahan sebagainya yang berkaitan gastrik..

Namun begitu...InsyaAllah yana akan cuba perbaiki kelemahan yana dalam menjaga cara pemakanan yana..
dan kawan-kawan semua jagalah kesihatan dan makanlah mengikut waktu..=)

Kelemahan yana sehingga menjadi gastrik (DON't FOLLOW THIS):
1.Jika di IPG, kebanyakkan hari pergi ke kelas tak bersarapan..
2.Makan hanya pada waktu tengahari..malam kadang-kadang..
3.Jika buat assignment..memang susah nak berhenti makan sebab terlalu fokus sangat dan sampai taksub nak siapkan cepat.
4.Makan makanan pedas dan minum air2 seperti oren & nescafe (sedihnya my fav nescafe dah tak dapat minum selalu..hukhuk..=(
5.Puasa sunat tetapi tidak bersahur..

Akibat~akibat di atas telah membuatkan yana mendapat nasihat daripada pakar-pakar kaunseling iaitu keluarga yana sendiri..hehe..

Antaranya yang perlu dititkberatkan selepas ini ( YOU SHOULD DO THIS, IF U WANT..huhu~~):
1. From Abah: Makan ikut masa, jangan tak makan langsung..
2. From Ibu: Kalau nak puasa sunat tu, sahurlah..
3. From Akak: Adik kena makan kerap lepas ni, bawa bekal biskut2 pergi kelas..

Inilah pesanan-pesanan daripada orang2 yang yana sayang..cukup terharu^^
Alhamdulillah ada orang sayang yana kan..hehe..
Jagalah kesihatan ye kawan-kawan semua..mungkin waktu kita muda ni antibody kita masih kuat tapi tua nanti banyaklah sakitnya..
Jaga pemakanan dan waktu makan ye...

             Salam Nasihat: Lyiana,pesakit gastrik..heee..=)

Sunday, December 25, 2011

Cikgu BM perlu jadi skema kah??

Assalamualaikum..
lama betul yana menyepi bukan...
rindu tak??hehe..
biasala.. cuti2 nie perlu mengorbankan sikit masa untuk menolong ibu abah yang ada di rumah..
masa-masa cuti nie jelah yang boleh tolong mereka, nanti dah balik ipg perlu melaksanakan tugas sebagai bakal guru pula..

Bercakap pasal profession perguruan ni..
mungkin ada yang tidak tahu yana mengambil major Bahasa Melayu
dan minor Pendidikan Jasmani dan Sivik @ Kemahiran Hidup (masih belum pasti)..

Yana tertanya-tanya..adakah menjadi guru BM perlu skema dalam penulisan mereka??
maksud yana di sini..adakah guru BM perlu menjaga setiap penulisannya daripada segi ejaan, tatabahasa dan gaya bahasa..(terlebih-lebih aspek pulak padahal nak tanya daripada segi ejaan je)hehe...=P
contohnya...kita menggunakan singkatan sy,awk,watpe,leh dan sebagainya yang biasa kita gunakan dalam sms dan facebook..

Nak tahu kenapa yana tanya nie..
sebab yana nak kongsi satu cerita...
antara yana dan dia...
dia tue anak murid yana la...hehe..

Pada suatu hari, di laman sosial terkenal facebook...
Yana telah membuka 'available chat' untuk memberi peluang kawan2 berborak dgn yana..(acece~~mcm ramai la sgt nak berborak dgn yana..hehe)
tiba~tiba masuklah ruang chat daripada seorang anak murid yana..
----------------------------------------------------------------

Anak Murid Comey: Cikguuu...
Cikgu Yana: Yee...kenapa??
Anak Murid Comey: Cikgu watpe??
Cikgu Yana: Cikgu xde watpe..tgk2 fb je..anak murid comey(bukan nama sebenar) buat pe??
Anak Murid Comey: Ok..sy tgh tgk tv..
Cikgu Yana: Tengok tv??cte pe??cikgu tgk td semua cte xbest pun..
Anak Murid Comey: cte?????ape tu cikgu????
Cikgu Yana: gullllppp~~(telan air liur kejap)..erm,cte tue maksud cikgu cerita..maafkan cikgu buat anak murid comey xfaham pulak singkatan cikgu tu..
Anak Murid Comey: Ooo..xpe..sy tgk cte tanah kubur..

*sampai di sini sahaja yang boleh yana kongsi..hehe*

Dalam dialog perbualan yana tue..yana amat rasa serba salah..
sebab menggunakan singkatan sampai anak murid yana tu xfaham..
terasa diri ni iaitu bakal guru bahasa melayu mengajar anak murid menggunakan singkatan yang membuatkan mereka terbiasa pulak semasa periksa nanti..
yana rase telah memberi satu perkara yang salah walaupun dgn secara tidak langsung..hmm~~

Namun....
yana sangat kagum dengan seorang pensyarah BM yana...
walaupun di FB,beliau masih menggunakan perkataan penuh tanpa menggunakan singkatan..
siapa lah lagi kalau bukan my fav lecturer, En Jalal..^^
asal beliau nampak je ada salah tulis ejaan atau struktur ayat..memang akan dikomen oleh beliau..
dan beliau suka merujuk pada kamus dewan...huhu
yana harap en jalal akan ajar kelas kami lagi tahun depan...=D

Friday, November 11, 2011

RPH..=))

Assalamualaikum...
RPH??kisah post ini bukan berkaitan rancangan pengajaran harian..huhu
tetapi kisah ini adalah rancangan percutian harian yg akan tiba tidak lama lagi..
hehe~~
padahal exam pun xhbs lgkan...huhu~
xpela..planning tue sgt penting..macam cikgu mengajar pun mesti kene planning awal2 ape yg nak diajar..

Seperti biasa....
jikalau cuti2 nie...setiap pagi tiada kerja lain yg yana akan buat melainkan mengemas rumah..bibik la katakan..huhu..
lepas mengemas..mesti anak dara kena menjenguk di dapur kan..tolong2 ibu memasak
Vakum peneman setia di kala waktu cuti..hihi^^
Selain itu..perancangan yana ingin menghabiskan novel siti rosmizah yg dibeli pada pesta buku tahun nie yg lepas...disebabkan yana nie sgtlah slow membaca novel..so ambil keputusan untk hbskan tyme cuti2 nie...
dan tidak ketinggalan juga ingin menonton cite2 korea yg selama nie bertahan xnak tgk untk menyiapkan kerja2 dan exam..=))


Aktiviti terbaru yg yana akan buat ialah mungkin akan melayan abah yana jogging n bermain petanque di dataran tok gajah..huhu~~
walaupun yana xsuke permainan yg mcm nie tp xpelah..sekali~sekala melayan abah yana yg bersungguh da beli bola petanque untk bermain dgn anak2 dia cuti nie...hee~





Dan insyaAllah..teringin nak buat kek batik kesukaan yana yg xberapa menjadi hari tu ..huhu~

Lastly semestinya cuti2 nie akan berjalan2 bersama keluarga tercinta...tapi tempatnya yg ingin dilawati masih xtau lagi..huhu~

Kat mana pulak abah nak bawa kami ye??hehe~~

Wednesday, November 9, 2011

Exam week~~

Assalamualaikum...
pertama sekali yana ingin mengucapkan syukur alhamdulillah sbb ujian besar yg menimpa diri yana sebulan yg lalu telah berakhir..
jika peristiwa itu terjadi mungkin akan meragut sebahagian kegembiraan yana..
hanya ungkapan syukur byk kali dan sujud syukur yana lakukan mengucapkan tanda bersyukur atas kegembiraan ini..dan yana hrpkan ia mampu kekal dgn izin Allah s.w.t..
yana bersyukur yana mempunyai kawan yg tidak putus2 nasihatkan yana spy tidak melakukan perkara~perkara yg negatif...
dgn pelukan sahabat2 semua sbnrnya sgt memberi yana ketenangan ketika yana dilanda musibah haritu..=))

Walaupun ia sudah berakhir..yana tau ujian hidup tidak pernah akan berakhir..
ia tetap akan datang kpd hamba~hamba yg dipilih oleh-Nya..
dan ujian terbaru yg akan hadir dlm hidup pelajar2 ipg ialah peperiksaan akhir semester..
dan..baru je terdengar seorg senior yana dilanda musibah juga sehari sebelum peperiksaan..
ibunya meninggal dunia...innalillah...(al~fatihah)
jikalau yana...tidak tahulah mcm mana ingin menempuhinya ujian besar ini...
Moga kak wati tabah walaupun perkataan tabah mudah diungkapkan namun yg merasai sgt perit untk melaluinya..

Apa~pun..sesiapa yg membaca post ni..doakan kami semua guru2 pelatih dapat jawab soalan dgn sebaik mungkin dan diberikan kelapangan hati untuk menjawab soalan dgn cemerlang..
soal naik pentas @ tidak, belakang cerita..yg penting jawab dgn jujur dan sebaiknya...InsyaAllah...^^
Niat yang baik akan dipermudahkan Allah...=))
Sesungguhnya kerana Allah...lillahitaala..

Semoga apa yg dibaca mudah diingat..=))

Thursday, October 20, 2011

Pameran Literas Bahasa 2011

Assalamualaikum...
wah tbe2 terajin je asyk nak update blog ku yg xseberapa ni..huhu~
bukannya pe...terasa ingin berkongsi kegembiraan hari ni..iaitu di pameran LB..
sbb knp???kls yana iaitu BM3 mendapat tempat kedua dalam pameran nie..
excited sgt...hee~
rase xpercaye pun ade..sebab kebanyakkan meja pameran kelas lain penuh dgn bahan tapi kls kami hanya sikit tapi mungkin yg sedikit tu meriah ckit kegunaan ABM nye..hehe~
(bak kate lecturer2 bm yg yana dgr komen mereka: "bagus..kreatif!!")
Terima Kasih kpd Timbalan Pengarah memilih kls kami sbg naib johan..=))

Pertama sekali...penghargaan khas untuk lecturer fav kami iaitu En.Jalal sbb banyak membantu kami memberi idea nak buat ABM nie dan memberi komen yg membina..dan yg penting merajinkan diri kami nie untuk wat ABM nie..hehe~
Mane xnye..setiap ABM perlu berbincang draf dgn en dulu, dan kena buat n present dahulu sebelum lulus dipamerkan..
Kedua..semestinya kpd kelima~lima kumpulan yang bertungkus lumus menyiapkan 3 ABM msg~msg yg semuanya hebat2 dan kreatif..
Ketiga..kepada kumpulan yana..yg byk membantu dan bekerjasama dgn baik..

*Ucapan Tahniah juga kepada unit~unit lain yang menunjukkan kekreatifan masing~masing*

*SELAMAT DATANG KE PAMERAN UNIT BM3*


*BERMAIN ABM UNIT PAI*


GROUP FYZAH,TYRAH,DIEYANA DGN ABM PUZZLE MEREKA

ECAH SBG PEMBENTANG ABM KELAS KEPADA TIMBALAN PENGARAH

YEAYY!!KAMI DAPAT HADIAH~WAT KENDURI BISKUT LA NNT~hee

KENANGAN BERSAMA TIMBALAN PENGARAH&LECTURER BM

*MODEL ABM KAMI a.k.a BAKAL K.U&PKU SEM DPN*

KENANGAN DGN HAMPER=))

ANTARA ABM YG KREATIF DISEDIAKAN GROUP AMIN,MAD,UYIK,AIMAN

GROUP SYAFIQ,PIJI,KEYO,ERI

GROUP YANA (ECAH.PAYED,MADI) TQ SAHABAT^^

Wednesday, October 19, 2011

Cempaka Arabian Night..

Assalamualaikum..pada pg yg indah..
walaupun keletihan sgt minggu nie tp keseronokan masih terasa dgn prgrm2 yg ada kat mktb skrg..
mlm smlm merupakan malam bg Cempaka Ladies berjamuan..
walaupun dulu yana berada di blok Anggerik...dan tahun nie baru bertukar ke Cempaka..
dpt terasa kebaikan dan keakraban ukhuwah sesama akak senior dan penghuni blok nie..

Namun..nie merupakan first year n last year yana dpt rasa duk Cempaka nie sbb thn dpn sem baru akan berpindah blok pulak..sistem baru la lak.huhu..
so..hayatilah gmbr kngn kami di tahun akhir nie..huhu~
Kami Sayang Cempaka^^

Bersama rakan sekelas yana..=)

No Bertuah..tp xbertuah pun mlm tu..hukhuk..=(

Bersama rakan2 BM2

Rumateku~ekin~

K.Blok~Kak Teha yg best+spoting!!

Syirah & Maira yg cantik^^

Tqah~jiranku^^

Kak Zati..=))

Bersama Atiq..

Yeaay!!umi syg yana..hee~
Bye~bye Cempaka...Welcome to Mawar....

Forum Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Illahi kerana yana masih berkesempatan mendgr satu forum yang dianjurkan oleh Biaga dan dapat menambah ilmu sedikit sebanyak..
tapi forum nie lain sikit sbb berkaitan dgn hati,perasaan dan cinta..

Seronok sgt dapat mendgr kelunakan suara ustazah Fatimah Syarha berkata~kata yg sgt popular dgn bukunya yg bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"..dan pemilik cinta Ustazah setelah Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri,Dr.Farhan Hadi yg juga seorg novelis..

Yana inginlah berkongsi sedikit bait~bait kata nasihat usatzah yang yana ingat dan InsyaAllah akan terpahat dalam ingatan untuk menjadi muslimah dan zaujah yg solehah..amin...=D

*Cinta itu Fitrah namun....jika tidak disalurkan pada jalan yang betul ia akan menjadi Fitnah..
*Perkahwinan yang bahagia dan diredhai Allah adalah pasangan yang berkahwin sesama rela, ada keredhaan ibu bapa, tidak menyalahi dan bertentangan adat dan undang-undang...
*Jika ingin pilih pasangan..pilihlah kerana Agamanya.. bukan kerana rupa , harta atau keturunan , apa yang utama adalah agama ... 
sebab .... kalau kita cinta kerana harta , cinta akan hilang seiring dengan hilangnya harta , kalau kita bercinta kerana rupa , ianya akan pudar seiring dengan pudarnya kecantikan rupa ... tapi kalau bercinta kerana agama ... insyaalah akan kekal hingga ke syurga.....
*Sekarang ramai yang fikir dan risau sikap yang tidak sama dan kegemaran yang berlainan tetapi tidak risaukan berlainan syariat..(pengalaman ustazah, pada mulanya makanan ikan patin yg tidak menjadi kegemarannya..slps kahwin dan mendapat tahu suaminya suka makan ikan patin..ustazah pula yang minat makan ikan patin sekarang..=))
*Bersabarlah adik~adik....yang haram itu sekejap sahaja..yang Halal itu akan dapat kita rasai nikmatnya dan mungkin dgn izin Allah kita dapat bercinta sampai ke syurga..
*Put Your Trust To ALLAH*




*DARIPADA MENCARI YANG SOLEH/SOLEHAH..LEBIH BAIK KITA MENJADI SOLEH/SOLEHAH*

Monday, October 17, 2011

Minggu yang Bzzz~

Assalamualaikum..
hari minggu baru nie yana tersgtla bz..xprnh sebz nie tau x..huhu~
ape yg yana wat??
Antaranya membuat ABM (alat bantu mengajar) untuk pameran Literasi Bahasa..
daripada bangun subuh sabtu tue yana telah memulakan kerja~kerja nak buat ABM nie sampailah ke waktu malam..kesakitan badan lagi terasa nakkan baru join pertndgn bola jaring..waduh2~~

Group yana wat tentang pemulihan BM melalui pendidikan seni..
jadi terpaksalah mengkreatifkan diri ini..huhu~
Cikgu Yana akan mengajar pengenalan huruf vokal dengan menggunakan sagu kasar putih yang telah diwarnakan..ngee~




Hasil akhir....=))

Sesudah tdo lewat mlm itu...
keesokkannya bgn awal pulak untuk menjadi urusetia sukan di Sk Clifford..
pengalaman pertama menjadi urusetia sukan nie..huhu
tq pada kak Ayu beri peluang pd junior2 nie...=))

Seramai 18 org guru pelatih yg menjadi urusetia ni..
ada yg kene jaga line, angkat bendera, pegang riben akhir n jaga masa..
Kerja yana menjadi tukang bg no bg acara larian dan susun baton di setiap line..
Pengalaman yg xboleh lupe..ble tyme dak2 nie lari yg agak sengit, puas nk tgk smp dulu dan dak2 pra yg kecik2 tue puas nak cam nak bg no..
disbbkan ni kali pertama ada la yg tersilap tp ckg2 sana sgt spoting..
tp makin lame kami semakin ade peningkatan dlm wat keje bg no ni..hehe~
n nsb baiklah kami nie minor pj, adela bbrp cikgu tanye tentang larian berganti-ganti nie cmne,blh x masuk line pertama n so on.....

Lihatlah kami~~drpd agak cerah ke agak gelap...
keletihan sgt sbb sukan sampai pukul 3...












TAHNIAH PADA NEPTUNE (HIJAU) MENJADI JOHAN RUMAH SUKAN!!

Thursday, October 13, 2011

Syurga dipagari dengan kesusahan,Neraka dipagari dengan keseronokan

Sememangnya yang hidup tidak akan terlepas daripada ujian-Nya..
Aku sbg hamba-Nya kini sedang diuji...
Perit sungguh hati ini...
diuji sesuatu perkara yg amat kita sayangi dan amat ternilai di dunia ini..

Tersedu~sedu menangis meminta belas kasihan Allah..
meminta sedikit sinar kebahagiaan..
untuk diri ini menumpang kasih..
namun...Sesungguhnya rencana Allah lebih indah..
dan segalannya Allah yang tetapkan..
kita sebagai hamba-Nya hanya melakonkan dan perlu menempuhinya di atas pentas yg bernama dunia ini..

Doaku...aku tidak kisah hilang yang lain tapi bukan yang ini Ya Allah...
Namun...siapalah aku untuk melawan takdir-Nya..
Kekecewaan...demi kekecewaan aku peroleh..
Kehilangan..demi kehilangan aku peroleh...
bila...ade rasa bahagia datang...
hanya sementara bahagia itu singgah..namun dalam beberapa ketika Allah menarik dan mengambilnya drpd aku..

Kekadang air mata boleh membawa pelbagai maksud dalam kehidupan..
boleh jadi ia gembira..boleh jadi ia sedih..
begitu juga ketawa dan senyuman...
Jika senyuman ini sudah tidak mampu mebahagiakan diri ini,..
sekurang-kurangnya ia boleh membahagiakan orang yang memandang..

Aku tanya pada rakanku.."Kenapa yana susah dpt kebahagiaan,Kenapa Allah xdgr doa yana??"
kawanku berkata..."Yana.Allah pilih yana untuk diuji sbb Allah sayangkan yana...mungkin kebahagiaan itu akan datang slps kesusahan ini,jika Dia tidak beri di dunia Allah akan beri di akhirat"

Bila kita melihat orang lain diuji..kita akan berkata bersabarlah...
Namun...bile kita diuji...kadang-kadang diri ini sukar bersabar..

Nasihat untuk diri sendiri: "Redhalah dengan apa yang terjadi kerana jika kita tidak redha ibarat kita berprasangka buruk kepada Allah"

Saturday, October 8, 2011

Sukan Kegemaran Rasulullah *memanah*

Alhamdulillah..akhrnye...hbs jugak gerko memanah nie..
byk suka duka masuk gerko memanah nie..
antara sukanye~dpt pegang busur memanah la kan..hehe...
dan dukenye...mcm2....setiap minggu blh dikatakan lebam bhgn lengan kne tali memanah ni..
mmg sgt2 sakit...first tyme kne..berlinangan air mata...huhu..

dan jumaat baru nie adalah yg gerko yg terakhir dan kami telah buat amali dan pertandingan..
dan alhamdulillah yana mendpt ranking yg ke-7 drpd 23..huhu..
walopun mula2 mrkh individu yana ckit tp berjaya cover dgn mrkh kmpln...
apa2 pun suke dpt merasa sendiri dan belajar kemahiran memanah iaitu antara sukan kegemaran rasulullah selain menunggang kuda dan renang.

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Kenangan terakhir gerko memanah..=))


Para Mujahid dan Mujahidah..hee~

Sayang dgn busur panah yana yg berNO 16..=))

Bersama rkn2 memanah yg lain..

Dpt no 7..dpt hadiah 100 plus...alhamdulillah..^^
Habis suda ceritera memanah...wee~
opss!!portfolio memanah xciap ag...hehe...