Monday, February 14, 2011

Mengenali peribadi Rasulullah..

Salam Maulidur Rasul semua...=))
hari nie yana nak berkongsi kisah peribadi rasulullah drpd buku yg sdg yana baca sempena hari keputeraan baginda..tajuk buku tersebut "Aku Sanggup Duhai Muhammad"..
Yana mula tersedar bile seorg shbt menyampaikan sesuatu kpd yana yg memberi kesan kpd yana..
shbt itu berkata..."Tak de gunenye kalau kite hanya berkata yang kite merindui dan menyayangi Rasulullah tetapi kita tidak menghayati sirah rasulullah"..
di situla rasa terbit kekhilafan diri yg yana masih xbyk ilmu tntg sirah baginda..mgkn kalo dulu pun baca sirah sbb nak jwb paper pai...Astaghfirullahalazim....
dan kini yana simpan 1 nekad untk cube istiqamah menghayati sirah baginda sblm yana tdo atau jka ade masa terluang...

Jadi..cte peribadi Rasulullah yg ingin yana smpkan bertajuk "Menyembunyikan Kelaparan"..

Selesai shj Rasulullah saw mengimani solat subuh berjemaah,sahabat Rasulullah, Saidina Umar al-Khatab mendatanganinya untuk bertanyakan satu soalan.

"Ya, Rasulullah, bolehkah saya bertanyakan sesuatu yang menjadi musykil kami?" Tanya Saidina Umar sambil dihampiri bbrpa org shbtnya yg lain.

"Apakah yg kamu musykilkan itu?beritahulah kepadaku?".Rasulullah meminta saidina umar memberitahu memandangkan para shbtnya yg lain seolah-olah segan hndk bersuara.

"Saya berhrp Rasulullah tidak tersinggung dgn pertanyaan kami.Begini,kami perasan, sewaktu Rasulullah berpindah rukun sembahyang,kami dpt rasakan Rasulullah amat susah sekali seolah-olah Rasulullah menanggung sesuatu penderitaan yg amt brt sekali.Apakah Rasulullah sdg menahan satu penyakit,ya Rasulullah?" tanya Saidina Umar sementara shbt lain tekun mndgrnya.

Rasulullah tersenyum memandang para shbtnya.Para shbt berasa hairan dgn sikap Rasulullah itu.
"Aku tidak apa2.Aku sihat.kamu lihatlah aku,apakah aku sdg sakit?"tanya Rasulullah seraya memndg shbtnya.

Saidina Umar tidak berpuas hati dgn jwpn itu bertanya lagi,"Tapi ya Rasulullah,setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh,kami seolah-olah terdgr sendi-sendi Rasulullah berbunyi.Kami percaya Rasulullah sdg sakit."

Rasulullah terdiam seketika.baginada berasa serba salah apabila didesak utk menceritakan perkara sbnr.Akhirnhya Rasulullah mengangkat jubah yg dipakainya ke ats sedikit.Sebaik shj jubah diangkat,para shbt terkejut apabila melihat perut Rasulullah yg kempis.Baginda melilit dgn sehelai kain yg berisi batu-batu kerikil.

"ya Rasulullah,mengapakah Rasulullah melakukan sedemikian?" tanya saidina umar yg tdk percaya dgn apa yg dilihatnya.

"Aku melakukan begitu untk menahan rasa lapar.Mungkin batu-batu kerikil inilah yg berbunyi dan memusykilkan kamu semua."balas Rasulullah.

"ya Rasulullah.Adakah Rasulullah berasa malu apabila berasa lapar dan menganggap kami tdk akan berusaha mendptkan makanan untk tuan?" tanya Saidina Umar.

Rasulullah menjwb dgn lembut dan menyenangkan hati para shbt."Tidak para shbtku.Aku tahu,kamu tidak akan membiarkan aku kelaparan begini.Aku tahu kamu akan berbuat sesuatu untk membantuku,tetapi apakah yg akan aku jwb nanti di hdpn Allah?Aku pemimpin,tidak selyknya aku membebankan org yg aku pimpin".

Saidina Umar dan para shbt sgt terharu dan simpati dgn pengakuan Rasulullah serta tidak meyangka baginda sanggup berbuat demikian untk memastikan umatnya tidak kelaparan sepertinya.

"Barulah kami faham mengapa tuan melakukan demikian.Sesungguhnya tidak ramai pemimpin berhati mulia spt tuan.Kebykkan pemimpin mementingkan diri sendiri dahulu,kemudian barulah org lain.Kami berasa amta kagum Ya Rasulullah."ujar Umar.

"Biarlah lapar ini sbg hadiah drpd Allah untukku.Apayg aku hrpkan tidak ada umatku yg kelaparan di dunia dan akhirat."tegas Rasulullah...


Sekian...

Hebat sungguh peribadi Rasulullah..peribadinya sgt luhur dan berhati mulia serta sggp bersusah payah demi umatnya..

Cerita2 ini tidak akan menjadikan anda shbt dan semulia Rasulullah namun sekurang-kurangnya jadilah yg plg hampir dgnnya..

Lastly...yana hrp sesiapa dpt berkongsi dgn yana buku2 sirah pe lagi yg ptt dibaca sbg rujukan dan pengetahuan serta dpt menjd pengajaran,silalah share ye..=))

wasalam....

1 comment:

  1. hurm...satu perkongsian yg bermanfaat...arap2 kite sume bleh jadi umat nabi Muhammad yang betOl2 mnyayangi Rasulullah dalam erti kate sebenar...smoge kite juga bleh mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah...amin...insyaAllah....

    ReplyDelete