Friday, April 1, 2011

Kisah cinta antara kami dan dia...

Setiap hari aku dan rakan-rakan akan melintasinya pada pukul 7.40..
Setiap harilah aku berdebar akan melihatnya...
antara dia senyum melihatku atau tidak...

Setiap hari dia sentiasa melakukan kebaikan pada aku..
tidak pernah dia bermasam muka pada ku..
Setiap hari dia akan terbuka luas senyumannya..

tapi...alangkah sedihnya..pada satu hari dia telah melukai hatiku..
dia telah memalingkan muka pada ku kerana aku terlewat...
puas sudah aku memohon maaf padanya tapi dia tidak mengendahkannya...

Aku tidak berputus asa...
aku kembali menambat hatinya semula dengan sentiasa bersiap sedia awal pagi untuk berjumpanya...
Wahh..sekarang dia sentiasa senyum lebar kepadaku kerana aku awal melintasinya..
kehadirannya menambahkan semangat aku untuk pergi ke kuliah pada awal pagi..

Setiap pada pukul 12.00..
kadang-kadang kelas aku habis awal..
aku akn berjumpa sekali dengannya....
tapi aku sedih dengan sikap nya yang dingin terhadap aku setiap kali tengah hari..
tidak jemu-jemu aku memandangnya untuk melihat nya antara pintu hatinya tertutup atau terbuka untukku...

Sering aku dan rakan-rakan tertanya-tanya ape salah kami sehingga buat begitu..
aku dan rakan-rakan selalu buat diskusi untuk menarik perhatiannya..
Antaranya.."jom,kite masuk ikut longkang"..
"tue lori..jom kite naik atas lori,sorok dalam tue"...
"jom kite mintak memo"
dan macam-macam lagi...

Setiap harila kami aku dan rakan-rakan begini mencari..mencari..dan mencari cara-cara untuk memenangi hatinya....
tetapi segala usaha kami gagal..sehingga ade pihak atasan bg pihak kami tolong membuat surat cinta untuknya demi memenangi hatinya..

dan hari ini barulah aku dan rakan-rakan tahu...
setelah pengumuman dibuat pada pagi tadi...
"Perhatian...pada semua pelajar perempuan,permohonan jpp untuk membuka pagar sebelum pukul 1 tidak diluluskan atas sebab2 tertentu"...
OH...NO!!!!..hancur harapan aku dan rakan~rakan yg lain apabila mendengarnya untuk masuk lebih awal jika tiada pensyarah..

**Itulah kisah cinta kami dan PAGAR asrama perempuan**

1 comment: