Tuesday, January 10, 2012

Aqidah,Ibadah,Akhlaq...

Assalamualaikum..
pada hari semalam (9.1.2012) usrah pertama yana telah dijalankan bagi semester ni..
pendekatan usrah hari semalam lebih kepada pendedahan isi~isi kandungan dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'..
bila baca buku ni rasa susah nak berhenti disebabkan yana rasa cukup menarik diselitkan sekali ayat-ayat al-quran serta hadis yang cukup bagus.

Surah Ibrahim, ayat 24-25:
"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat"

Maksud bagi ayat al-quran di atas ada kaitan dengan tajuk entry di atasa untuk dikongsi bersama..
Cuba sahabat2 lihat pokok yang baik akan menghasilkan buah yang sangat banyak dan buahnya pasti elok dan enak dimakan.
Begitulah kita sebagai manusia diibaratkan seperti pokok..

Akar = Aqidah
Batang = Solat
Daun = Akhlaq
Buah = Peribadi kita apabila di hadapan Allah dan manusia

Bila kita lihat di sini..asas utama dalam membentuk peribadi muslim yang baik ialah aqidah.
Jika kita tidak percaya akan Allah dan sifat rabb-Nya dan tidak selidik kenapa kita dijadikan di muka bumi ini..adakah kita akan menjadi muslim yang baik??

Allah tidak menjadikan manusia itu secara sia-sia tanpa ada tujuan..
Apa tujuan kita hidup??
Ada 2 tujuan kita hidup:
1. Mengabdikan diri kita kepada Allah..
2. Menjadi khalifah di muka bumi Allah..

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka  Maha Tinggi Allah, Raja sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia"

(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Dalam aspek aqidah ni, yana dapat konklusikan bersyukurlah sahabat-sahabat kita telah dilahirkan terus menjadi islam..tapi lihatlah orang yang dilahirkan kafir perlu menjalani liku-liku untuk mendapatkan islam ini..
Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta.Cinta yang boleh menjadikan kita merasa rindu dan terikat dengannya.
______________________________________
Ibadah
ibadah diibaratkan seperti batang pokok tersebut..
jika kita solat.kukuhlah ia..jika tidak, tumbanglah ia..
Ibadah adalah untuk kita membina hubungan dengan Allah..

"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahnyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan letih."
(Hadis Riwayat Al-Nasai')

Ya...mungkin kita kadangkala kita lalai dalam mengerjakan solat..teringat akan dunia..teringat kerja yang belum siap, memikirkan apa yang hendak dilakukan seterusnya..tetapi ingatlah sahabat, jika sebarang idea yang datang kita solat itu, itu semua adalah idea daripada syaitan..
Jadi,kita mestilah beribadah dalam keadaan hati yang merasai kehadiran Allah dan membuang kesibukan dunia.

Berkata Ulama': "Sembahyang itu adalah urusan Akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (beerti) kamu telah keluar dari dunia"

Yana sendiri cukup berharap dan sentiasa berdoa agar solat yana semakin hari-semakin khusyuk...Doakan bersama..=)

Ibadah yang kedua selepas solat yang biasa kita lakukan pastilah membaca Al-quran..

"Sesungguhnya Al-quran ini diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut"
(Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim)

Kalau kita melihat orang-orang arab mengaji al-quran pasti mereka akan menangis kerana mereka faham dan merasai kedukacitaan maksud-maksud yang ingin disampaikan Allah kepada hamba-Nya. Jadi cubalah kita membaca al-quran sambil melihat maksudnya..=)

Ibadah ketiga: Doa.
"Doa yang paling baik ialah doa yang paling ringkas tetapi hati itu penuh pengharapan supaya Allah memakbulkannya.."

________________________________________
Akhlaq
"Tiada ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlaq yang baik"

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Mungkin tidak semua mempunyai akhlaq yang sempurna kerana manusia memang tidak dilahirkan sempurna..jadi pastilah kita mempunyai kelebihan serta sifat buruk..
Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu untuk mengajak rakan2 kita ke arah kebaikan, kerana jika kita menyampaikan sesuatu kebaikan itu dan jika kawan kita mengamalkan dengan berterusan kita akan mendapat pahala yang berterusan..InsyaAllah..^^
namun gunakanlah kelemahan kita untuk menuntut ilmu dengan orang-orang yang lebih soleh..=)

Sifat-sifat Akhlaq Seorang Muslim:
1.Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara syubahat
2.Memelihara penglihatan
3.Memelihara lidah
4.Bersifat pemalu
5.Bersifat lemah-lembut dan sabar
6.Bersifat benar
7.Bersifat tawadhuk
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
9.Bermurah hati.

P/S: Latihlah diri untuk menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat..Sesungguhnya Allah tidak melihat hasil akhir itu tapi Allah melihat kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu perkara itu..Salam mujahidah..^^

No comments:

Post a Comment