Monday, March 26, 2012

Mereka mengajar erti syukur..

Mereka yang sangat riang dan susah untuk lepaskan kami..=)



Assalamualaikum..
alhamdulillah yana baru je selesai untuk sesi PBS yang ke-3..
hanya tinggal 1 kali lagi untuk pbs dan tahun depan akan bermulalah praktikum..

Baru-baru nie..yana telah melakukan pbs di kampung yana bersama 3org sahabat..
Inilah kali pertama yana nak mencuba sekolah kampung.
iaitu SK Batu Balai, Jerantut..

Banyak benda yang berbeza antara sekolah kampung dan sekolah bandar..
antaranya....sk kg nie tak pernah terima cikgu2 PBS..puas pulak kami nak menerangkan pada GB dan GPK1 apa itu PBS..
Kedua, biasanya bilangan kelas di sk bandar akan sampai 4-5 kelas..
tapi kat sk kg ni hanya ada sampai 2 kelas..dan bilangan murid dalam 1 sekolah hanyalah seratus lebih..
Ketiga, biasanya kalau yana masuk kelas pasti murid2 akan tanya FB yana apa tapi lain pulak di sini, kurang yang bertanya pasal FB dan jika ada pun, ada seorang murid berkata..

"Cikgu, FB cikgu apa?? saya nak add cikgu..tapi bulan 6 nanti kita chatting ye sebab saya balik Johor, kat sini takde line"

Apa yang buat yana kata mereka ajar yana erti bersyukur antaranya sebab di atas inilah..
mereka tiada kemudahan internet macam budak2 bandar untuk bermain game,berfb sehingga ada 2 orang murid ni sanggup menggunakan masa rehat mereka untuk bermain komputer di makmal komputer.. hanya di situ sajalah kemudahan internet dan yana dan kwn2 pun terpaksa hanya online di situ..
dan buat yana rasa kasihan pada mereka, mereka sgt teruja dengan henset yana sehingga susah nak lepas..
mungkin mereka tiada kemudahan seperti itu..jadi yana biarkan mereka bermain dengan henset yana untuk seketika..

Ya Allah..bersyukurnya aku dengan segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku..

Antara soalan murid2 nie lagi ialah:
"Cikgu..cikgu dah bertunang@kahwin??"

dan yana dan kwn2 terpaksa berkata kami semua dah bertunang..
niat kami bukan nak menipu tapi atas sebab ada beberapa accident yang xdiingini telah berlaku kami terpaksa menipu..
dan nasib baiklah ada cincin di jari ni, mungkin buat mereka lebih percaya dan mereka sgt bersungguh cari gambar tunang yana di dalam henset..

dan alhamdulillah yana berjaya membuat seorang budak nie yg terasa terpinggir nie mendapat kawan2 untuk berkawan dengannya..
Hal ini mungkin juga yana pernah merasai perasaan seperti itu sewaktu di matrik N9 apabila kuliah yana terpaksa dibubarkan dan  1 kelas yana yang kami dah rapat terpaksa masuk di kelas2 yang telah ditetapkan..
terasa sangat down ketika itu kerana dipinggirkan.. dan alhamdulillah nasib baik dapat tawaran mktb dah seminggu lepas itu..=))

Apa-apa pun banyak pengalaman yang yana dapat di sini dan layanan cikgu2 di SKBB sangat~sangat baik..
Terima kasih warga SKBB..^^

Jom tengok antara gambar di SKBB^^

Yana panggil budak laki sebelah yana ni Johan Ashaari sebab macam muka pelakon tu^^

6 Bijak..kelas yg yana dapat relief setiap hari..=)

Mereka bukan sombong..mereka cuma malu..puas nak ambil gambar dua murid org asli ni..><

Selain mereka suka teka~teki, yana perkenalkan mereka main "kahwin, rujuk, cerai"

Observe cikgu PJ untuk tugasan assignment kami..=)

Sempat bermain dengan mereka dengan berbaju kurung..hehe..
                                   
Melakukan aktiviti dengan mereka^^
Ada macam pelakon Fimi Don x, yg dlm cte hikaya putera shazlan tu??
Kami bersama GB di hari akhir..
Bersama GPK1..ada gaya seorang lect kami..hehe~







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments:

Post a Comment