Sunday, May 20, 2012

Perkara~perkara untuk berjaya dunia dan akhirat

Assalamualaikum..
rasanye dah lama yana tidak berpenakan ilmiah dlm tulisan blog yana ni..
asyik bercerita tentang hal sendiri saja..
yana nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang sedikit ilmu yang yana dengar..

Dengan kehendak Allah..pada petang itu mesyuarat bagi ahli lajnah yana tak jadi..
dan..dengan kehendak Allah juga yana berkesempatan mendengar majlis ta'alim yang hari tu disampaikan oleh Kak Fatin tetapi kebiasaannya akan disampaikan oleh Iqa..dan juga dihadiri rakan2 surau Ku fasehah,Ummu Aiman dan Shikin..

Selepas kak Fatin membaca beberapa helaian tentang kisah dan hadis~hadis dalam kitab..
kak fatin berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk mendapatkan "Perkara-perkara untuk berjaya dunia dan akhirat" :

1. Lafaz Syahadah~ iaitu memasukkan kebesaran Allah di dalam hati dan membuang kebesaran manusia.
2. Solat dengan Khusyu'
3.Perbanyakkan zikir
4.Memuliakan orang lain
5.Ikhlas niat kerana Allah
6.Dakwah dan menyampaikannya

Dan yana sungguh tertarik dengan sesuatu yang disampaikan oleh kak fatin..
"Sesiapa yang memperkenankan hajat saudara Islamnya, Allah akan memberi pahala iktikaf 33x dan ganjaran 1x iktikaf bersamaan dijauhkan daripada api neraka seluas 3 luas parit iaitu bersamaan jarak bumi dan langit"

Dengan kehendak Allah juga..yana berpeluang pergi ke majlis daurah..setelah ilmu tentang aqidah disampaikan tiba~tiba terasa menitis air mata mendengarkan doa yang diutarakan oleh si pemberi ceramah..
antara isi doannya "Ya Allah, biarlah orang lain melihatku dengan pandangan yang dapat mengingati-Mu Allah..." (Terkesan sungguh di hati ini...)

Akhir sekali, semasa mendengarkan ketika sesi Biaga Talk..
Doa ini yang diharapkan untuk kita sentiasa baca semoga jauh daripada rasa riak kerana riak ini adalah satu penyakit hati yang kekadang senang hadir dalam hati ini...
"Ya Allah..kurniakan daku mata hamba"
Hal ini kerana, bila kita memandang orang lain dengan rasa kehambaan, dapatlah mengelakkan rasa bangga dalam diri itu..Sesungguhnya bila kita pandang orang lain dengan hina, Allah akan pandang hina kepada kita"

*Harap dapat sesiapa betulkan jika yana tersilap memberi...

 Selamat Melangkah Ke Bulan Rejab =)
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

2 comments:

  1. salam alaik yana~
    entri yang bermanfaat!
    keep it up :)

    sedikit penambahan utk dikongsi :
    *hope yana xmarah..hehe ^-^

    1. yakin dengan hakikat kalimah toyyibah :lailaha ilallah iaitu memasukkan kebesaran Allah di dalam hati dan membuang kebesaran manusia.

    2. yakin dengan hakikat Solat yang Khusyu' dan khudu' : seperti mana perlakuan kita dalam solat, misalnya mjega aurat, pandangan dsbnya, begitulah kita bawa di luar solat.

    3.yakin dengan hakikat ilmu dan zikir : ilmu terbahagi kepada ilmu masail dan fadhail (kelebihan2 sesuatu amalan. manakala zikir : mengingati Allah dalam setiap keadaan.

    4.yakin dengan hakikat ikramul muslimin : memuliakan saudara kita tanpa menuntut hak keatasnya.

    5.Ikhlas niat : melakukan sesuatu perka kerana Allah taala, bkn kerana makhluk dsbnya.

    6.yakin dgn hakikat Dakwah dan menyampaikannya : sampaikan kalimah taiyyibah kepada orang lain.

    *sekadar berkongsi...jika salah, tlg betulkan :)

    ^_~" seronok dapat ber ukhwah dengan yana.. jum2 taklim lagi & lagi..moga ada manfaat di situ~~

    <3 u!

    ReplyDelete
  2. Syukran Ku..
    Yana tulis update nie pun antara ingat2 lupa
    sbb haritu hanya mendengar kan..balik2 bilik terus yana tulis untuk ingtkan..cuma ingat yang penting2 je isi2 dlm dia ingt2 lupa..
    Alhamdulillah ada kwn mcm Ku tolong tambah2kan..=)

    ReplyDelete