Sunday, December 25, 2011

Cikgu BM perlu jadi skema kah??

Assalamualaikum..
lama betul yana menyepi bukan...
rindu tak??hehe..
biasala.. cuti2 nie perlu mengorbankan sikit masa untuk menolong ibu abah yang ada di rumah..
masa-masa cuti nie jelah yang boleh tolong mereka, nanti dah balik ipg perlu melaksanakan tugas sebagai bakal guru pula..

Bercakap pasal profession perguruan ni..
mungkin ada yang tidak tahu yana mengambil major Bahasa Melayu
dan minor Pendidikan Jasmani dan Sivik @ Kemahiran Hidup (masih belum pasti)..

Yana tertanya-tanya..adakah menjadi guru BM perlu skema dalam penulisan mereka??
maksud yana di sini..adakah guru BM perlu menjaga setiap penulisannya daripada segi ejaan, tatabahasa dan gaya bahasa..(terlebih-lebih aspek pulak padahal nak tanya daripada segi ejaan je)hehe...=P
contohnya...kita menggunakan singkatan sy,awk,watpe,leh dan sebagainya yang biasa kita gunakan dalam sms dan facebook..

Nak tahu kenapa yana tanya nie..
sebab yana nak kongsi satu cerita...
antara yana dan dia...
dia tue anak murid yana la...hehe..

Pada suatu hari, di laman sosial terkenal facebook...
Yana telah membuka 'available chat' untuk memberi peluang kawan2 berborak dgn yana..(acece~~mcm ramai la sgt nak berborak dgn yana..hehe)
tiba~tiba masuklah ruang chat daripada seorang anak murid yana..
----------------------------------------------------------------

Anak Murid Comey: Cikguuu...
Cikgu Yana: Yee...kenapa??
Anak Murid Comey: Cikgu watpe??
Cikgu Yana: Cikgu xde watpe..tgk2 fb je..anak murid comey(bukan nama sebenar) buat pe??
Anak Murid Comey: Ok..sy tgh tgk tv..
Cikgu Yana: Tengok tv??cte pe??cikgu tgk td semua cte xbest pun..
Anak Murid Comey: cte?????ape tu cikgu????
Cikgu Yana: gullllppp~~(telan air liur kejap)..erm,cte tue maksud cikgu cerita..maafkan cikgu buat anak murid comey xfaham pulak singkatan cikgu tu..
Anak Murid Comey: Ooo..xpe..sy tgk cte tanah kubur..

*sampai di sini sahaja yang boleh yana kongsi..hehe*

Dalam dialog perbualan yana tue..yana amat rasa serba salah..
sebab menggunakan singkatan sampai anak murid yana tu xfaham..
terasa diri ni iaitu bakal guru bahasa melayu mengajar anak murid menggunakan singkatan yang membuatkan mereka terbiasa pulak semasa periksa nanti..
yana rase telah memberi satu perkara yang salah walaupun dgn secara tidak langsung..hmm~~

Namun....
yana sangat kagum dengan seorang pensyarah BM yana...
walaupun di FB,beliau masih menggunakan perkataan penuh tanpa menggunakan singkatan..
siapa lah lagi kalau bukan my fav lecturer, En Jalal..^^
asal beliau nampak je ada salah tulis ejaan atau struktur ayat..memang akan dikomen oleh beliau..
dan beliau suka merujuk pada kamus dewan...huhu
yana harap en jalal akan ajar kelas kami lagi tahun depan...=D

No comments:

Post a Comment