Tuesday, December 27, 2011

Musibah Menghapuskan Dosa..

Assalamualaikum...

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis)
Sejak beberapa minggu atau bulan yang lepas sebenarnya yana telah menghadapi sakit gastrik..
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya sehingga lemah satu badan apabila makanan~makanan yang telah masuk ke dalam perut telah keluar semula melalui mulut = muntah..:(
Akibat kedegilan yana sendiri, tidak mahu makan pergi ke klinik kerana mengelak daripada makan sesuatu telah menjadi~jadi gastrik yana selama beberapa hari..

Apabila dah terasa sakit sangat, yana terpaksa juga pergi ke klinik dan akhirnya perkara yang yana elak terpaksa ditempuhi jua iaitu makan ubat air yang bewarna putih...><
Kini,yana tidak boleh berpisah dengan ubat gastirk..terpaksa menjadi bff yana sementara waktu ini..hehe..
Kadang-kala gastrik ni apabila menekan~menekan perut ini seperti duri-duri yang mencucuk-cucuk membuatkan yana mengalir air mata..sakiitttt!!....sambil mengenangkan cerita-cerita abah yana dan seorang kawan yana yang menceritakan kisah orang2 yang sakit gastrik terpaksa melakukan pembedahan akibat gastrik yang telah teruk seperti pembedahan di alur pernafasan disebabkan angin terlalu banyak keluar dan pembedahan sebagainya yang berkaitan gastrik..

Namun begitu...InsyaAllah yana akan cuba perbaiki kelemahan yana dalam menjaga cara pemakanan yana..
dan kawan-kawan semua jagalah kesihatan dan makanlah mengikut waktu..=)

Kelemahan yana sehingga menjadi gastrik (DON't FOLLOW THIS):
1.Jika di IPG, kebanyakkan hari pergi ke kelas tak bersarapan..
2.Makan hanya pada waktu tengahari..malam kadang-kadang..
3.Jika buat assignment..memang susah nak berhenti makan sebab terlalu fokus sangat dan sampai taksub nak siapkan cepat.
4.Makan makanan pedas dan minum air2 seperti oren & nescafe (sedihnya my fav nescafe dah tak dapat minum selalu..hukhuk..=(
5.Puasa sunat tetapi tidak bersahur..

Akibat~akibat di atas telah membuatkan yana mendapat nasihat daripada pakar-pakar kaunseling iaitu keluarga yana sendiri..hehe..

Antaranya yang perlu dititkberatkan selepas ini ( YOU SHOULD DO THIS, IF U WANT..huhu~~):
1. From Abah: Makan ikut masa, jangan tak makan langsung..
2. From Ibu: Kalau nak puasa sunat tu, sahurlah..
3. From Akak: Adik kena makan kerap lepas ni, bawa bekal biskut2 pergi kelas..

Inilah pesanan-pesanan daripada orang2 yang yana sayang..cukup terharu^^
Alhamdulillah ada orang sayang yana kan..hehe..
Jagalah kesihatan ye kawan-kawan semua..mungkin waktu kita muda ni antibody kita masih kuat tapi tua nanti banyaklah sakitnya..
Jaga pemakanan dan waktu makan ye...

             Salam Nasihat: Lyiana,pesakit gastrik..heee..=)

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Na berkawan dengan magnesium la ye? Hee~~~
    Syafakillah...
    Doa makan ubat "Allahumma syafi Allahumma kafi"

    Ujian diberi tanda kasihNya...
    Ubat paling mujarab yang baginda tinggalkan adalah makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang...

    "Moga Allah kasih"

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam..
    Ya Allah iqa..terima kasih sgt ats nasihat2 di atas..
    semoga Allah kasih jua pd iqa...
    i luv u laaahh..^^

    ReplyDelete