Friday, January 20, 2012

Tulang Rusuk..

Assalamualaikum..

Seronok semester ni dapat belajar Anatomi..
dan bertambah seronok lagi apabila lecturer pandai membuat analogi serta mengaitkan sesuatu perkara yang diajar berkaitan dengan Islam..

Dan pembelajaran hari ni tentang 'Sistem Tulang'..
dan bahagian tulang yang diajar hari ni ialah tulang rusuk..

Mesti ramai yang dah tahukan biasanya kalau bercakap tentang tulang rusuk,
kita akan mengaitkan dengan kisah Nabi Adam dan pasangannya Hawa..
iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam..
bila lectrurer berkata tentang Kisah Nabi Adam & Hawa nie teringat yana dengan seseorang yang baru sahaja berkongsi ilmunya tentang kisah ini..=)

Apa yang buat yana tertarik dengan kata~kata lecturer hari ni ialah:

"Wanita dijadikan bukan daripada tulang kepala sebab wanita bukan dijadikan untuk menjadi "Queen Control" atau ketua kepada suami"

dan...

"Wanita juga bukan dijadikan daripada tulang kaki untuk dipijak~pijak oleh suami"

Tetapi...

"Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki untuk berada sentiasa di sisi suami"...SubhanaAllah!^^

Lecturer juga ada berkata tentang peranan seorang suami yang mempunyai tanggungjawab yang besar apabila berkeluarga..
Jika isteri tak solat,tak menutup aurat semua dosa akan ditanggung oleh suami..
dan isteri pula mudah dapat pahala/syurga jika taat pada suami..tetapi masih mudah masuk neraka jika derhaka pada suami..

Kata lecturer yang yana tertarik juga ialah "Jika suami menunaikan solat berjemaah di masjid, dan isteri solat di rumah..suami akan mendapat 27 kali ganda pahala dan isteri itu pun akan dapat pahala yang sama"..

Allahu Akbar!!Senangkan untuk isteri dapat pahala dan syurga Allah berikan..
Sesungguhnya diri ini juga perlu menyiapkan diri ke arah yang lebih baik supaya bakal suami ku nanti tidak mendapat dosa dan azab atas perlakuan diri ku sendiri..Wallahualam..=)

Gambar dalam kelas Anatomi:

Bersunggguuhhh rakan2 yana mewarna struktur tulang ni...huhu..


Hasil kerja mewarna Yana setelah beberapa tahun tak mewarna..hihi..^^


6 comments:

  1. Assalamualaikum,,,

    Mudah2an sihatla hendaknya... (^-^)y

    Ermm,,, sedikit perkongsian...
    Wanita bukan dijadikan DARIPADA tulang rusuk lelaki... Tetapi dalam R. Bukhari dinyatakan wanita itu dijadikan SEPERTI tulang rusuk lelaki...

    Penggunaan 'seperti' ini adalah untuk menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk (lembut).


    *Kadang2 kita terlepas pandang. Sory mencelah. Huu~~~

    "Moga Allah kasih"

    ReplyDelete
  2. iqa~oh begitu ke iqa...
    terima kasih atas perkongsiaan itu..
    alhamdulillah ada sahabat yang lebih arif berkongsi ilmu..
    syukran2..ya ukhti^^
    Moga Allah kasih jua..=))

    ReplyDelete
  3. kak ros~akhrnye mewarna tyme tibe jua mcm kak ros ckp..hihi..
    lect kj pj, tuan hj salleh..=))

    ReplyDelete
  4. sweet gambar 2(^_^)cam dak2 sekolah yg msuk ptandingan mewarne jep..hehhehehe..umie nmpk b'sunggoh.. :-p

    ReplyDelete
  5. hehe..mmg bersungguh kanak2 ribena ni mewarna..hehe..^^
    umi bersunggguuhh anak2 pun knela bersungguhhh juge echa..huhu~

    ReplyDelete