Wednesday, May 23, 2012

Hidayah-Mu Sungguh Ku Perlu..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru sahaja lepas jawab exam paper 'Anatomi & Fisiologi'..
Kalau menurut status kawan2 yana di IPG ada yang menulis "Aku nak jadi cikgu bukan nak jadi doktor"..hehe
tapi apakan daya..cikgu BM perlu gagahkan jua untuk 'study' subjek ni disebabkan ia minor bagi subjek kami..
Maafkan yana pada rakan2 yang berteka~teki dengan yana bertanyakan jawapan pada soalan spot..yana sendiri terpinga~pinga dalam mencari jawapan spot dan bukan tak nak berkongsi..maafkan ye..^^

Dan esok akan menjawab paper last sebelum bercuti..
dan disebabkan esok paper petang..jadi meluangkan masa sebentar dengan blog ini..
yana terpanggil untuk menulis entry ini setelah yana membuka video di Youtube,melayan video daripada kumpulan MrTheAllShared..melepaskan 'tension' daripada menjawab paper Anatomi..huhu
Kebanyakkan video mereka adalah berkaitan wanita/muslimat dan video yang yana baru lihat adalah berkenaan dengan 'Aurat'..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An-Nur:Ayat 31)

Situasi di sekolah menengah:

BADAR (badan kerohanian) : Pada setiap masa, pelajar muslimat perlu menutup auratnya.Jika sesiapa tidak memakai stoking akan dikenakan denda sebanyak RM 0.50.

Pelajar Perempuan : Kita kena pakai stoking, nanti kena nampak di Badar akan kena denda RM 0.50 lak..

Sewaktu peperiksaan Pendidikan Islam:

Soalan: Apakah batas-batas aurat perempuan??
Jawapan: Kesemua anggota badan kecuali muka dengan tapak tangan (jawab dengan yakinnya)

Situasi-situasi di atas telah yana lalui dan yana ingin kongsikan apa yang yana rasa dan sehinggalah yana terpanggil mendapat Hidayah-Nya dan dapat melakukan dengan seikhlas hati..InsyaAllah..

Kalau dilihat dahulu yana menutup aurat kerana takutkan didenda oleh pelajar-pelajar BADAR..dan bukan kerana takutkan Allah..
dan yana menghafal hukum-hukum Allah dan suruhan Allah dalam menutup aurat hanya untuk dijawab dalam peperiksaan Pendidikan Islam.. 
Hakikatnya yana menghayati hukum tersebut hanya setakat dalam kertas peperiksaan untuk mendapat keputusan cemerlang..bukan mengaplikasikan dalam kehidupan yana sebagai muslimat..(Cemerlangkah aku??Astaghfirullahalazim....)

Selepas habis alam persekolahan..
yana mendapat tawaran matrikulasi di N9..
sewaktu itu..masih antara ON/OFF dalam memakai stoking..
hati itu masih berkata-kata "Dulu kat sekolah aku pakai, sekarang??"
tapi iman di hati itu Allah tak kuatkan lagi..dan yana masih menjadi muslimat yang masih tidak sempurna menjaga auratnya..

Sehinggalah yana memasuki IPG terindah ini..
dikelilingi oleh sahabat2 yang solehah...Alhamdulillah..
Pada semester 2 ketika pengajian persediaan, yana dipilih oleh Allah untuk pergi ke Mekah mengerjakan Umrah..
Di sana..semestinya kita perlu menjaga aurat kita sebaik-baik dan selengkap-lengkapnya...
dan yana sukakanya kerana yana rasa tenang...tapi sekembali umrah yana masih tidak memakainya kerana masih takut-takut tentang pandangan orang..(Pandangan Allah,kamu tak fikir yana??)

Tibalah pada suatu hari yana menyatakan perasaan yana pada seorang sahabat yana..
" Sahabat, yana teringin sangat nak tutup aurat dengan sempurna,pakai stoking macam yana pergi Mekah dulu sebab yana rasa suka sangat dan tenang tapi sahabat...yana tak kuat, yana takut keluarga, saudara-mara, kawan-kawan akan memerli yana sebab yana pernah pakai dan teruk diperli..sehingga tu yana mematikan hasrat untuk memakai stoking"

dan sahabat yana sangat memberi kata-kata semangat pada yana untuk melakukan kebaikan ini biarpun sedikit demi sedikit..=)

Dan akhirnya yana cuba memakainya...yana beranikan diri demi mengerjakan suruhan Allah supaya menutup aurat dengan sempurna..Alhamdulillah penerimaan keluarga yana sangat positif sehingga kakak yana memberi sokongan pada yana apabila ketika yana ingin membeli sandal baru, kakak yana memilih sandal untuk yana "Adik kena pakai sandal macam ni dah sekarang sebab adik dah berstoking sekarang". Hanya Allah je yang tahu ketika itu yana rasa sungguh terharu atas sokongan akak..Dalam hati yana, yana juga mengharapkan akak akan jua mendapat kekuatan untuk memakainya...Alhamdulillah,kakak yana sekarang juga bersama-sama yana melangkah setapak kebaikan dalam menjaga aurat sebagai muslimat dengan lebih sempurna..^^

Ujian yana tidak berhenti di situ..
yana masih diuji keimanan apabila yana pergi reunion di PD bersama-sama rakan-rakan..
Ada seorang kawan perempuan yana berkata "eh2..yana pakai stoking"..
ketika itu jantung yana macam nak pecah kerana yana masih dalam mencari kekuatan dan yana hanya mampu tersenyum..
dan ketika bermain di pantai pun yana ternampak beberapa rakan kaum adam memandang yana semacam..pandang daripada atas sehinggalah ke bawah...
Hanya doa dalam hati yana tuturkan moga Allah memberi yana kekuatan..kerana yana tahu itu adalah suatu ujian terutamanya ketika kita masih bertatih dalam melakukan sesuatu kebaikan dan Allah melatih kita supaya Istiqamah..

Dan.....Alhamdulillah..kini yana tidak kisah orang nak memandang yana memakai stoking kerana yana bangga yana telah menutup aurat kerana Allah...Ya..Hijrahku Kerana Allah...
Walaupun kekadang kat rumah mesti ada je terhilang stoking lepas basuh mesin atau tertukar stoking dengan akak..bagi yana itu adalah perkara yang 'sweet'..janji yana tak boleh berputus asa untuk mencari redha-Nya kan??..hehe..



Perasaan menutup aurat???
Sejujurnya...Seikhlasnya...Seriusly...yana rasa sangat tenang..
Yana juga mengharapkan kawan-kawan yang membaca 'post' ini juga mendapat hidayah daripada Allah untuk melakukan hijrah yang masih tidak sempurna..begitu juga untuk diri ini yang masih tidak sempurna..
Yana pasti rakan-rakan semua sudah cantik bertudung menutupi dada...tetapi masih tidak berstoking dan mencari kekuatan untuk memakainya..InsyaAllah..sedikit demi sedikit ya...=)

Perkongsian terakhir, satu lagi sebab yana mendapat hidayah dan kekuatan untuk memakai stoking ialah apabila yana melihat video tentang Rasulullah..di mana Rasulullah sangat sayang pada umatnya sehingga dia masih ingin menolong umatnya di titian As-Sirat di akhirat kelak..
dan dalam hati yana tidak mahu Rasulullah sedih dan terpaksa membantu yana di titian as-sirat disebabkan hanya yana tidak menjalankan tanggungjawab yana dalam menutup kaki yana iaitu aurat yana sebagai muslimat...Tersedu~sedan yana melihat video itu dan yana sangat bersyukur  Allah telah mengurniakan kekuatan dan hidayah ini pada yana sebelum yana pergi menghadap Illahi...


 Masih berkata "biarlah..masih tak dapat petunjuk"
Dalam surah pertama Al-Quran, Surah Al-Baqarah pada permulaan ayat telah terang-terang mengatakan 
"Aliff Lam Mim (1)
 Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa (2)"

Sesungguhnya Ya Allah..tuntunilah perjalanan hidupku dan berikanlah diriku dan orang sekelilingku kemanisan dalam mengerjakan suruhan-Mu Ya Allah...

*Perkongsian ini bukan untuk membuka aib sendiri,
bukan juga ingin membangga diri,
tetapi tulus ikhlas di hati,
untuk renungan rakan2 yang disayangi,
dan sebagai persediaan menghadap ILLAHI.*
*Nukilan Kisah Daripada Nur Lyiana bt Hamzah Yang Tidak Sempurna*



2 comments:

  1. Pekongsian yang bagus ho3
    Rasa malu dengan yana
    Nama je budk sekolah agama tp aurat tak terjaga
    Im on my way for a better person
    Yana doakan yup! :)
    Ehh anatomi tadi payah jugak kan? Ke tak? Haha

    ReplyDelete
  2. Dibahhhh...
    InsyaAllah..kita sama2 doa ye untk jadi muslimat yg terbaik di mata Allah..=)

    Susah la anatomi..xpe2...tawakal k^^

    ReplyDelete