Thursday, January 20, 2011

Cahaya Hati..

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Tuesday, January 18, 2011

First Usrah in 2011..

Salam...
hari ni usrah aku membuat perjumpaan kali pertama pada tahun baru nie..huhu...
dan hari nie kami xbuat sesi tazkirah tp main game...
berlangsung game ni di dataran bestari pada ptg hari...
Wahh...kire nie adelah kali pertama kasut sukan keluar drpd kotaknya...setelah dah xde pj nie...huhu...
Mmg agk berseri~seri la muka sbb mcm hajat nk bersukan pd ptg hari tercapai sbb blh keluarkan peluh setlh lemak berkumpul~kumpul di sesetgh bhgian smp da ckp mcm pau da nakkan bile en.roslee pun da tegur knp nmpk berisi......huaa,OH TIDAK!!!...
bukannye xnak jog ptg2 tp akibat tiada teman sekepala yg nk berjogging,so simpan jewla hajat tue..huhu..

Agk sedih jugak kehadiran ahli usrah aku xramai...itupun da bergabung dgn usrah lain so nmpkla gak ramainya...(8 org)..
bak kata akak usrah tue,,kite ptt bersyukur kerana kite adalah insan yg terpilih Allah untuk hadir...=))
kami pun bermain 2 game..yg pertama game menjaga bola drpd dpt diambil drpd pihak luar..
dan game kedua ialah game passingkan duit syiling pd rakan menggunakan mulut...

::REFLEKSI::
Game 1>> bola itu ibarat iman kite dan kaki2 kite yg cube menjaga bola itu ibarat benteng kite dengan melakukan byk amalan2 terutamanya solat kerana solat itu adalah perisai kite drpd melakukan kejahatan dan kemungkaran.jadi...cubalah jaga solat kite itu dengan sebaik mungkin drpd sebelum hinggalah selepas solat.. dan td kakak usrah pun ade ajar cara sbnr bacaan takhiyat akhir..

Game 2>> lebih kpd kerjasama...dan ukhuwah kita antara shbt..
perkara yg baru aku bljr tadi ialah "serendah-rendah sifat dlm berukhuwah ialah berprasangka baik".. Walaupun rakan kite tue nmpk mcm xberpuas hati dgn kite,kite perlulah sentiasa berprasangka baik pdnya..mgkn bnr kite tlh melakukan kesilapan yg mgkn kite xsedar..

Alhamdulillah dpt ilmu baru lg...=))
tp sedihnya main game nie kan lgsg xkuar peluh..mcm xberjaya je misi nak kuarkan peluh..
disbbkan hbs usrah awal sbb ade majlis Sadness of palestine pd mlm nye..aku rase nk jew g jog sowang2 tp agk keseganan terserlah di situ..huhu....

Pada mlmnye...menuju ke dewan lak untk mendengar pembentangan SADNESS OF PALESTINE"..mula2 mmg ase xnak g sbb agk kurang minat nak dgr bende2 mcm nie..
tp ble da dgr ceramah yg disampaikan oleh En.Sabri bin Muda..aku lak yg concentrate gle dgr..
smp kwn ku tegur "yana tdo ke??"haha...
rupenyekan...byk lagi bende yg xtau psl bende2 mcm nie...mmg rase beruntungla g..
dan tersentap gak hati ble baca satu hadis tadi...smp beristighfar aku sbb berniat xnak g sblm tue...
Alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah masih sygkan aku dgn memberi hidayah spy aku pergi ke sesi ceramah tue...InsyaAllah..kalau lain kali ade sesi ceramah berunsurkan dunia islam pasti akan aku g untuk menimba ilmu...^^
semoga Allah memberi kekuatan pada saudara2 Islam di Palestin..berdoalah rakan2 kerana "Addua' silahun mu'min"..=))

Saturday, January 15, 2011

SAYA PELAJAR IPG TENGKU AMPUAN AFZAN



MARI2 PADA BLOGGERS AFZAN...JOM KITE KLIK SINI N JWB SOKLAN2 NIE..HUHU

Assalamualaikum semua...
seiring dengan lagu "IPG"...dgn part chorusnye..
Kami bangga menjadi guru,kerjaya dihormati,tidak jemu menimba ilmu,bakti setulus hati dan budi..
Setiap perhimpunan khas mmg smgt gle nyanyi lagu nie sbb mmg lagu nie memberi smgt gile2 pd kami..huhu
begitu jugelah dgn aku..aku berbangga menjadi guru...n yg pntg luv bdk2...huhu..
xkisahla org nk pndg rendah pada kerjaya guru nie...janji pendapatan kite halal n niat kite ikhlas untk mendidik generasi2 akan dtg..=)

InsyaAllah..jika ade rezki akan jadi ckg BM,nak jd ckg cemerlang mcm ckg maisarah n selembut ckg nafishah..mereka ialah ikon aku untk berjaya nie.=))
skang nie aku baru jew msk degree semester 1 n sbjk major aku semestinya BM (keluaran KSSR)huhu dan minor ialah PJ n PSK...
disbbkan aku baru dalam sethn lebih duk di IPG nie,so xbyk sgt cerita lagi..
yg manis byk..antaranya tyme semester 2 dpt terpilih g xpdc bnjaran titiwangsa,dpt msk olahraga n dpt 3 medal..huuhu...N pada semester 3 dpt bersama2 rakan kls berniaga di hari konvo, ndpt jd gadis regalia berjln mengiringi sultan (kne paksa,terpaksala..lgpun cian kat pn mimi puas pujuk aku disbbkan aku mempunyai ketinggian yg amat2 diperlukan..huhu)
kngn pahit jugela berlaku pd semester 2 sbb yg xdiperlu dicerita di cini..biarlah bende pun da berlalu..smg ukhuwah kami sekls semua ttp berpnjgn smp graduate k...=))
segala dosa,pahala,hati suci atau buruk..hanya Allah maha mengetahui...



*semester 1*09


*gimrama 09* group A

*gimrama group B*

*celebrate birthday 2010 semester 2*



*XPDC banjaran titiwangsa*2010



*olahraga*blue house*


*semester 3*

*hari terakhir bersama pn.sue (lect bm)*


*berniaga di hari konvo*4days 3nights*

*konvokesyen*(muka redha kne jd regalia)hee~~

soklan akhir>>apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)

ermm....sbnrnyew soklan nie prnh da aku tulis n luahkan pada semester 3 pd kls en.zaharudin..
dan kebetulan surat aku dibaca hrtue oleh enck...
aku kalo blh walopun jd ckg bm nnt,aku nk wat style pj cikitla sbb i luv pj..huhu...spy murid2 aku nnt ceria jew..xmau emo2...yuhuuu~~
InsyaAllah..mgkn nnt ble da g PBS n bljr lg byk ilmu mgkn akan dpt praktikkan sebaik mungkin untuk menjadi guru yg cemerlang pd masa hadapan..

jadi sampai di cini dulu...smg kalian juge especially afzan bloggers juge dpt ceritakan pahit manis kamu dlm segmen khas untk guru2 malaysia nie ya...
wassalam...lots of luv*CIKGU LYIANA*

Refresh alhamdulillah..

salam...=))

TAHUN BARU BAGI SEORANG MUSLIM ADALAH DIA MENINGGALKAN MAKSIAT DAN BERTAUBAT PADA ALLAH DAN TIDAK MENGULANGI PERBUATAN TERSEBUT..

atas hal2 yg tertentu post nie terpaksa direfreshkan semula...huhu...
Alhamdulillah..kerana suda slmt sampai di IPTAA lipis untk memulakan semester baru...
iaitu degree semester satu^^..yahoo!!
(jgn yahoo sgt,degree nie ag byk keje...hehuu~~)

Alhamdulillah smpt juge sblum pulang membuat kek batik..YUmmYY!!
lps jugak hajat di hati nak wat sbb da prnh janji dgn seseorg untk wat kek nie tp mlgnye dia xdpt merasa krn da terpisah jauh..tq untk dia kerana memberi support untk wat kek nie..ngee~~
mintak maaf sape yg xdpt merasa kerana xcukup rupenyew...huhu...
xpela..xsdp mana pun termanis lak tue..tp next time mmg nak bagi kat mien estada,kwn gdh, rakan2 girl bm1..tunggu ye!!



Alhamdulillah....setelah sejam lebih beratur untk dptkan kunci bilik,ditolak+dikepit,
akhirnyew dpt juge kunci bilik...tp tukar blok...
hjtnyew mmg xnak tukar tp kwn2 lain nak tukar ats sbb blok lama selalu cpt hbs air..
dan terpaksa menukar blok,ke cempaka^^...
tp sygnyew 4 org kwn ku xsmpt nk ambk blok same iaitu fyzah,diey,tyra,n ecah...
sgt sedih lor disbbkan xdpt nk lepak2 bersama da...hukhuk..=((
tp tahniah pd diey dpt jd KB anggerik,fyzah PKB,tyra bendahari n ecah setiausaha...
gud job bebeh coz u're selected..=))

Tp sedihnyew duk cempaka nie suda terpisah jauh dr akak2 senior yg best ag sporting..
kak ana a.k.a kak gebuss...xdpt da nk kaco dia..
n geng2 kak yu,xdpt da nak dgr lawak2 diaorg yg happening tue...
kalo nak tau 1 secretkan...hrtue sekali kat blog cempaka nie xde air...
dgn wat muka tebalnyew g blk cari air kat anggerik sbb masa tue anggerik je lak ade air...pelik2..
tp nsb baik xterserempak dgn sesape warga anggerik,kalo xmst kne nyenyeh teruk..hihi..
sampai baru nie jmp pn sam (warden anggerik) tegur aku >> "lyiana.awk da xduduk blok anggerik??"....alamak!!hehe...

alhamdulillah juge sem lps mendpt pointer 3.71..(same with my sis)
have improvement..^^
walopun agk xpuas hati di citu ye kerana bm2 n pj dpt B+..
xpela...usaha lg ok..^^


InsyaAllah...dgn izin Allah ingin perbaiki diri daripada semasa ke semasa..
ingat yana...THINK POSITIVE... JANJI ALLAH ITU PASTI... n sentiasala bersyukur kerana mukmin yg berjaya kerana ialah mukmin yg sentiasa bersyukur..=))

MUTIARA AMAL: RASULULLAH SAW BERSABDA: BARANGSIAPA YANG ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN UNTUKNYA,NESCAYA DIA AKAN MENGUJI DENGAN KESUSAHAN..(riwayat Al-Bukhari)

Thursday, January 13, 2011

Tazkirah jumaat

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Thursday, December 16, 2010

Cuti~Cuti Singapore^^






Assalamualaikum...
alhamdulillah...baru plg bercuti setlh 3 hari 2mlm berholiday dgn family..
seronok sgt dpt bercuti,yewla asyk terperuk dlm rmh wat bnde same jewkan..huhu
berkat rezki abah,abh bwk kami ke Singapura..tp tdo d johor..untk jimat kos la katakan sbb singapura sgtla mhl...3kali ganda drpd duit malayisa..
n..xsngka lak yg dpt tau keluarga yg same g umrah dgn aku pun g sana n same lak tmpt tdo..hehe~~

tujuan utama g singapore mmg teringin nk g Universal Studio..
yewla nk g disneyland,jauh n mhl sgt kot..huhu..
kat universal nie mcm2 game mencbr n siri animasi hollywood ade..seronok sgt^^^^....



Mula2 msk pun da jmp rmh madagascar tp shownyew coming soon,xbukak lg..
then..game pertama main roller coaster luaran...
pastu..melawat Shrek house..kat cini ade kerusi bergerak mengikut tygn citer shrek tue dgn memakai crmn mata 3D..huhu..yg bestnyew..kalo donkey tue bersin,smpai air bersin tue kene kat kite..mcm real la cte dye..


*SHREK HOUSE*WITH 3D SPECTACLE

Pastu lak..naik bot kat Dinosour Jurassic Park...
seronok dpt lalu dkt2 jeram n melalui tmpt2 gelap..sekali terus dye menghempaskan kitaowg..mmg hbs bsh kuyup bj aku diwatnyew...hehe..


*BOAT YG WAT DIRIKU FULLY WET*


N seterusnyew naik rollercoaster dlmn lak dkt rmh Egypt lak...
disbbkan game nie kat dlm,so xtau pun game pe sblm tue,pakai beratur jew..yewla rugila kalo xmain semua kan,bukn sng nk g dahla mhl tiket..huhu..
rupen2yew kne naik roller coaster yg seram gle n laju mcm tue ciap ade undur ke blkg lak...xprnh la naik bende yg menakutkan mcm tue..fuhh~~


ROLLER COASTER DLM YG PLG SERAM BUT HAVE FUN LOR~~

Kemudian,msk ke rmh LIghts,Camera n Action..
kat cini dpt tgk mcm mane pembikinan filem aksi hollywood...
dptla pengetahuan ckit2 kat cini...


*CURI2 AMBK GMBR...SHHH!!!*HEHE

dan lps tue jln2 sekitar citu n dptla rase mcm kat hollywood disbbkan view kat citu..
dan byk kartun animasi kuar untk bergmbr2 dgn tourist..
aku cume ambk mane yg xramai jew..
yg penting ambk gmbr
DUCK..huhu..


KUEKK~KUEKKK^^ (KPD MIEN>>SY JMP KWN KAMU LAAA!!HIHI)


Akhir sekali beli2 brg kenangan ckit..=)
Kemudian...kami ambk train mcm lrt untk g ke kabel car lak..
sbb kami naik teksi ke singapura...
bygkan setiap bndr yg nk msk tue perlu byr duit..tp kalo kat malysia cume tol kat highway jew kne byr..
mmg kopak duit jln kat singapura nie..huhu...

Lepas g ke kabel car,pemandu teksi tue bwk g ke hotel yg plg mewah kat citu iaitu ...

Marina Bay Sand...nie pun kre simbol kemegahan org singapura sbb seni bina nyew yg kreatif..
kat singapura nie pun agk sush nk cr tmpt solat..pukul 6 brla jmp masjid yg blh solat jamak disbbkan xbyk masjid ade,mknan yg halal pun agk kurg susah nk jmp...humm~~
Dah seharian pnt berjln...kami pun pulg ke johor blk...sewktu perjlanan pulg nie,dpt 1 msj peringatan psl puasa muharam nie..dah lame kwn ku nie xhntr msj2 mcm tue..rase seronok sgt..^^


*SAYANG ABAH CANGAT2*

Terima kasih abh bwk adk,akak,ibu jln2....syg abh manyak2....muakhsss.
Semoga abh dimurahkan rezki lagi nk bwk adk jln2..hee~~
kebetulan hrtue pun hr jd abh.Selamat hari jadi abah..=))

Sunday, December 5, 2010

Tarian cuti-cuti 1 malaysia..



Fuhh..pnt tp seronok dpt g...
bertolak dr Temerloh kul 3.30 pg..bygkan mlm tue cume dpt tdo 2jam jew coz 2.15 da nk bgn..nk tdo awal pun xbiasa sbb da terbiasa tdo lmbt kan...
smp di msjd negara untk solat subuh..
salin bj yg diberi n terus berjln kaki ke stadium merdeka..
sgt jeles dgn kakakku sbb dye dpt bj wrna purple n aku wrna kuning..
dahla purple dye purple lembut..sgt cntk...huhu=)

punyewla ramai org sana...bygkan 15ooo yg dtg bg semua negeri termsk sabah n sarawak..
byk kali gak wat raptai dan dlm kul 9pg acara pun bermula..
hanyew Allah jew yg tau pening kepala sesgt sbb dgn xcukup tdonyew,pns lagi dgn ramai org nyew,sarapan pun ala kadar jew..fuhhh~~
seronok dpt join prgrm nie n mcm2 tarian berjaye gakla wat,sdgkan ade gak kaum laki reti wat xkanla kte xleh watkan..huhu..cume terfikir,kan best kalo ade tarian korea mesti ag semgt..hihi...
smp rmh pun dlm kul 5..n terus solat n BuMmm!! di ats katil..huhu...pnt sgt...
nk maghrib tue brla abah kejutkan..hee~~
yg pntg msk nie dpt sijil n akan disampaikan 20hb nie..yehaa!!

Sem dpn da xde pj nie,blhla wat tarian nie dlm bilik untk menghlgkan lemak2 d bdn..heee~~
k..sesape nk bljr blh dtg ke bilik yew...hihi=)
kla...have a nice holiday^^