Monday, March 26, 2012

Mereka mengajar erti syukur..

Mereka yang sangat riang dan susah untuk lepaskan kami..=)



Assalamualaikum..
alhamdulillah yana baru je selesai untuk sesi PBS yang ke-3..
hanya tinggal 1 kali lagi untuk pbs dan tahun depan akan bermulalah praktikum..

Baru-baru nie..yana telah melakukan pbs di kampung yana bersama 3org sahabat..
Inilah kali pertama yana nak mencuba sekolah kampung.
iaitu SK Batu Balai, Jerantut..

Banyak benda yang berbeza antara sekolah kampung dan sekolah bandar..
antaranya....sk kg nie tak pernah terima cikgu2 PBS..puas pulak kami nak menerangkan pada GB dan GPK1 apa itu PBS..
Kedua, biasanya bilangan kelas di sk bandar akan sampai 4-5 kelas..
tapi kat sk kg ni hanya ada sampai 2 kelas..dan bilangan murid dalam 1 sekolah hanyalah seratus lebih..
Ketiga, biasanya kalau yana masuk kelas pasti murid2 akan tanya FB yana apa tapi lain pulak di sini, kurang yang bertanya pasal FB dan jika ada pun, ada seorang murid berkata..

"Cikgu, FB cikgu apa?? saya nak add cikgu..tapi bulan 6 nanti kita chatting ye sebab saya balik Johor, kat sini takde line"

Apa yang buat yana kata mereka ajar yana erti bersyukur antaranya sebab di atas inilah..
mereka tiada kemudahan internet macam budak2 bandar untuk bermain game,berfb sehingga ada 2 orang murid ni sanggup menggunakan masa rehat mereka untuk bermain komputer di makmal komputer.. hanya di situ sajalah kemudahan internet dan yana dan kwn2 pun terpaksa hanya online di situ..
dan buat yana rasa kasihan pada mereka, mereka sgt teruja dengan henset yana sehingga susah nak lepas..
mungkin mereka tiada kemudahan seperti itu..jadi yana biarkan mereka bermain dengan henset yana untuk seketika..

Ya Allah..bersyukurnya aku dengan segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku..

Antara soalan murid2 nie lagi ialah:
"Cikgu..cikgu dah bertunang@kahwin??"

dan yana dan kwn2 terpaksa berkata kami semua dah bertunang..
niat kami bukan nak menipu tapi atas sebab ada beberapa accident yang xdiingini telah berlaku kami terpaksa menipu..
dan nasib baiklah ada cincin di jari ni, mungkin buat mereka lebih percaya dan mereka sgt bersungguh cari gambar tunang yana di dalam henset..

dan alhamdulillah yana berjaya membuat seorang budak nie yg terasa terpinggir nie mendapat kawan2 untuk berkawan dengannya..
Hal ini mungkin juga yana pernah merasai perasaan seperti itu sewaktu di matrik N9 apabila kuliah yana terpaksa dibubarkan dan  1 kelas yana yang kami dah rapat terpaksa masuk di kelas2 yang telah ditetapkan..
terasa sangat down ketika itu kerana dipinggirkan.. dan alhamdulillah nasib baik dapat tawaran mktb dah seminggu lepas itu..=))

Apa-apa pun banyak pengalaman yang yana dapat di sini dan layanan cikgu2 di SKBB sangat~sangat baik..
Terima kasih warga SKBB..^^

Jom tengok antara gambar di SKBB^^

Yana panggil budak laki sebelah yana ni Johan Ashaari sebab macam muka pelakon tu^^

6 Bijak..kelas yg yana dapat relief setiap hari..=)

Mereka bukan sombong..mereka cuma malu..puas nak ambil gambar dua murid org asli ni..><

Selain mereka suka teka~teki, yana perkenalkan mereka main "kahwin, rujuk, cerai"

Observe cikgu PJ untuk tugasan assignment kami..=)

Sempat bermain dengan mereka dengan berbaju kurung..hehe..
                                   
Melakukan aktiviti dengan mereka^^
Ada macam pelakon Fimi Don x, yg dlm cte hikaya putera shazlan tu??
Kami bersama GB di hari akhir..
Bersama GPK1..ada gaya seorang lect kami..hehe~







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, March 11, 2012

Blog Cikgu BM

Assalamualaikum..
Jom!Jom! yana nak ajak kawan2 yana tengok blog bahasa melayu yana..
kalau kawan2 nak tau, inilah antara amali bg subjek BM yana iaitu BMM 3105..=))

http://bmituseronok.blogspot.com/

Terima kasih pada seorang teman yana yang banyak memberi komen pada kerja tutorial yang yana buat dalam masa 2 hari..
Sesungguhnya..sangatlah penat buat tutorial bm tu..tapi bila dah siap tersangatlah bersyukur..alhamdulillah..
ok..nak tengok sendiri hasil kerja tutorial dan tapak pembelajaran yana..jom klik link di atas^^

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, March 5, 2012

Pameran Buku Islam

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya tidak bersua di dalam blog ini..
sekarang nie aktiviti di maktab semakin mem'busy'kan diri ini..
kerja amali bmm 3105 yang sentiasa membelengu diri untk disiapkan pada setiap minggu, latihan rumah sukan, persediaan lawatan ke IPBA, lawatan ke kg,bantal,taman negara, bina insan guru di Cameron Highlands (first tyme jauh dari PULAKO) huhu~
dan yang terbaru musim assignment sudah menjelma..

Namun kesibukan diri dalam menjalani kehidupan sebagai guru pelatih masih ada ruang diri ini untuk pergi ke pameran buku islam yang diadakan di Presint 3,Putrajaya baru~baru ini..
Ini adalah pertama kali yana pergi ke pesta buku islam yang selama ini hanya pergi pameran buku antarabangsa sahaja..

dan..sebenarnya tiada perancangan khusus pun nak pergi ke sini..
beberapa minggu sebelum pameran buku ini berlangsung sememangnya kawan yana beria-ria ajak ke sana dan poster tu dipostkan kat wall yana di fb..
sememangnya hati ini pun melonjak-lonjak nak pergi tapi disebabkan tempatnya di Putrajaya, jadi kemudahan pengangkutan nak ke sana amatlah susah..lainlah kalau ada Superman datang membantu kan..hihi..

Alhamdulillah..beberapa hari sebelum nak pergi ke pameran buku islam..
Memang ada miracle, Superman yana datang membantu..hehe..

Superman: "Adik,akak ajak pergi pameran buku islam,adk nak ikut?"
Yana: "oo..adk tahu ada pameran buku islam,akak pun ada ajak tapi.....(dalam fikiran kerja bmm 3105 byk xsiap lagi)..nantila adk fikir dulu..

Fikir punya fikir...yana bertekad jela nak pergi..dan cuba sehabis baik seharian menyiapkan kerja bm amali yana tu...=))
dan yana pun drive kereta sampai ke bentong dan Superman yana ambil yana kat situ..
Superman yana itu adalah abah yana...(he really know that me love book)^^

He's my hero n my Superman..hihi~

Atiq yg beria nak pergi..berbaloi tunggu dia di stesen terminal putra sejam, diborongnya 9 buah buku..huhu~

Yana hanya beli 3 buku (yg penting dpt beli buku kak ain..) dan 2 cd (hafiz hamidun & sami yusuf)
Really love lagu Sami Yusuf..
Tq pada seseorang teman yang kenalkan lagu~lagunya pada yana..
buka~buka laptop mesti 3 lagu nyanyian sami yusuf yana wajib dengar dulu..hehe..

Saturday, February 4, 2012

Pertandingan Pantun

Assalamualaikum..

Pertama sekali..yana mengucapkan terima kasih kpd follower yana yang telah mencapai yg ke-100..
huhu~
Walaupun blog nie xde popular mana..tapi sekurang-kurangnya mungkin dapat berkongsi sesuatu..hee~

Pergi ke kebun makan mangga,
Terima kasih yang tidak terhingga..=)

Alang~alang dah berpantun ni,
yana nak berkongsi cerita bengkel pantun yang diwajibkan pada unit BM yang diadakan baru~baru ini..
Alhamdulillah..dapat banyak input dalam bengkel ini..
dan yang sangka bengkel ini hanya duduk mendengar 24 jam rupa-rupanya ada dilakukan pertandingan sekali..

Jika di sekolah menengah dulu, yana hanya menjadi pelapis pantun sekolah..
dan tidak berkesempatan untuk memasuki pertandingan di peringkat daerah disebabkan yana berpindah sekolah..
Agak kecewa juga dulu tapi fikir~fikir balik mungkin ada hikmahnya..
dan sekarang Allah berikan yana peluang untuk memasuki bengkel ini dan dapatlah berpantun sekejap di hadapan..huhu..

Untuk pengetahuan semua,kelas kami telah menjadi juara..huhu..
Tak disangka rakan2 yana sangat2 berbakat semuanya..
kekadang rasa ada baiknya ada bengkel sebegini sebabnya barulah dapat mencungkil bakat yang tak diketahui orang sebelum ni..
dan 2 orang rakan kelas yana dapat menjadi pemantun terbaik..

Bagi kelas yana wakil pertandingan pantun ini ialah Asma Diyana (pernah mewakili peringkat kebangsaan),
Nur Athirah (Pemantun Sekolah) dan Adam Amirul (Hero Melayu BM3)huhu..
dan yana telah menjadi simpanan paksa rela..hmm~
hampir juga kena menggantikan tyrah disebabkan tyrah kena muntah2..tapi yana sanggup nak pergi ambil minyk angin untuk dia supaya yana tak kena ganti..hehe..
Yana rasa mereka lebih berbakat dan berpengalaman..
mungkin masa yana di lain hari pula..=)

Walaupun hanya 3 orang yang masuk pertandingan ini,
namun kami sekelas telah bekerjasama untuk membuat soalan bagi dijual kepada pihak lawan..
dan yana dan sahabat yana,Atiq telah buat soalan pantun bagi tema Kasih Sayang..
dan tema ini untuk peringkat akhir..
Bagi pembuat pantun ni, siapalah tak nak kan pantunnya dibaca..
dan syukurlah kelas kami berjaya masuk final..

Pantun tema kasih sayang:
Jual:  Kain batik kain jawa,
Dibuat pakai ketika mandi;
Rindu terdetik menghimpit jiwa,
Mengapa ditunggu orang tak sudi.

*Jawab jgn xjawab..hihi..*

Suka~Suki BM3

Perjalanan ke arena pertandingan..

The BM3 Supporters^^

Nur Nilam Sari di peringkat suku akhir

Nur Nilam Sari di peringkat separuh akhir


Nur Nilam Sari di peringkat Akhir^^

Yeayy!!kami juara^^

Nak interframe jugak..hehe*bersama adik kecik yg bersuara hebat*=)

Songket ditenun si anak dara,
Buat dipakai di pagi hari;
Sang perkasa BM3 bergelar juara,
Syukur tidak terkira kepada Maha Pemberi.

Friday, January 20, 2012

Tulang Rusuk..

Assalamualaikum..

Seronok semester ni dapat belajar Anatomi..
dan bertambah seronok lagi apabila lecturer pandai membuat analogi serta mengaitkan sesuatu perkara yang diajar berkaitan dengan Islam..

Dan pembelajaran hari ni tentang 'Sistem Tulang'..
dan bahagian tulang yang diajar hari ni ialah tulang rusuk..

Mesti ramai yang dah tahukan biasanya kalau bercakap tentang tulang rusuk,
kita akan mengaitkan dengan kisah Nabi Adam dan pasangannya Hawa..
iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam..
bila lectrurer berkata tentang Kisah Nabi Adam & Hawa nie teringat yana dengan seseorang yang baru sahaja berkongsi ilmunya tentang kisah ini..=)

Apa yang buat yana tertarik dengan kata~kata lecturer hari ni ialah:

"Wanita dijadikan bukan daripada tulang kepala sebab wanita bukan dijadikan untuk menjadi "Queen Control" atau ketua kepada suami"

dan...

"Wanita juga bukan dijadikan daripada tulang kaki untuk dipijak~pijak oleh suami"

Tetapi...

"Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki untuk berada sentiasa di sisi suami"...SubhanaAllah!^^

Lecturer juga ada berkata tentang peranan seorang suami yang mempunyai tanggungjawab yang besar apabila berkeluarga..
Jika isteri tak solat,tak menutup aurat semua dosa akan ditanggung oleh suami..
dan isteri pula mudah dapat pahala/syurga jika taat pada suami..tetapi masih mudah masuk neraka jika derhaka pada suami..

Kata lecturer yang yana tertarik juga ialah "Jika suami menunaikan solat berjemaah di masjid, dan isteri solat di rumah..suami akan mendapat 27 kali ganda pahala dan isteri itu pun akan dapat pahala yang sama"..

Allahu Akbar!!Senangkan untuk isteri dapat pahala dan syurga Allah berikan..
Sesungguhnya diri ini juga perlu menyiapkan diri ke arah yang lebih baik supaya bakal suami ku nanti tidak mendapat dosa dan azab atas perlakuan diri ku sendiri..Wallahualam..=)

Gambar dalam kelas Anatomi:

Bersunggguuhhh rakan2 yana mewarna struktur tulang ni...huhu..


Hasil kerja mewarna Yana setelah beberapa tahun tak mewarna..hihi..^^


Thursday, January 19, 2012

Tentang Hati

Pesan roomate yana kepada yana tentang HATI..=)

"Yana..hati ini terbahagi kepada 4 jenis...

1. Hati yang memang dah gelap/kotor

Hati yang kotor ini memang Allah dah tetapkan kotor untuknya..Walau diberi segala macam ilmu pun tidak akan masuk dan tak berkesan pada hati.

2. Hati yang bocor

Hati yang bocor nie jika mendapat ilmu masuk dalam hatinya tapi ia akan cepat hilang,
Ayat mudahnya 'Masuk telinga kanan, Keluar telinga kiri'.

3. Hati yang retak

Hati yang retak ilmunya hanya sementara..dan akan hilang sedikit demi sedikit.

4. Hati yang terang

Allah memang jadikan hatinya terang untuk sentiasa mendekati Allah dan sentiasa mengenangkan akhirat.

Kata seorang penyarah tentang hati:
"Walau sehebat manapun otak/akal dia..tapi kalau hati dia tak baik, dia takkan kemana..."

Dan sabda Rasulullah s.a.w:
“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. 

Namun kata pensyarah Anatomi pula..sebenarnya maksud hati dalam hadis di atas adalah sebenarnya jantung..Hal ini disebabkan berlakunya kekeliruan semasa berlakunya peralihan bahasa..

untuk maklumat lanjut layari :
http://drmaza.com/home/?p=1084

Kata Yana: "Sesungguhnya hati itu Allah yang pegang..Beruntunglah jika seseorang itu Allah mengujinya dan dia menempuhi dengan hati yang sabar dan beruntung jugalah bagi sesiapa yang sentiasa hatinya bergetar kerana takutkan Dia yang Maha Besar..Hati ini mudah dibolak-balikkan..Moga hati ini Allah jaga supaya ia tidak lari dalam redha Allah..Akhir sekali, moga hati ini hanya milik Allah, Rasulullah, Keluarga, dan pengganti Syurga selepas ibuku...=)

Wednesday, January 11, 2012

Rasulullah Seorang yang Romantik..

Assalamualaikum..
Sebelum memulakan bicara..
yana nak minta maaf atas post tentang "Tanggungjawab itu Amanah" telah menimbulkan huru~hara sebentar di surau selepas isyak semalam..hehe...
Jadi yana minta maaf pada sahabat2 guru pelatih daripada unit pai yang begitu COMEL memarahi dan merajuk dgn yana terutamanya ummu..sehingga ada nak boikot yana ye..huhu...
Janganlah risau..itu hanya keprihatinan dan sifat empati yang tinggi dalam diri ex~pengerusi memanah terhadap bekas ajk bawahannya..
jangan majuk2 dah ye...=)
tapi..yana nak minta izin pada ustazah2 untuk bekerjasama dengan dia selama setahun la ye memandangkan dia bendahari bagi KRS..hehe...;)
------------------------------------------------------------
Tertarik akan satu cerita semasa di usrah..cerita tentang Rasulullah s.a.w yang romantik dengan Saidatina Aishah..


Rasulullah s.aw. bangun malam untuk melakukan solat Qiamullail bersama isterinya,Aishah.
Di akhir solat, Rasulullah s.a.w membaca doa yang sangat panjang sehingga Saidatina Aishah tertidur di pangkuan riba Rasulullah
Namun..Rasulullah langsung tidak mengejutkan Saidatina Aishah, membiarkan Aishah terus nyenyak tidur di pangkuannya dan meneruskan doanya sehingga mengalir air mata baginda..

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaqnya dan berlemah lembut terhadap isteri mereka"


Sesunggguhnya hati nisa' mana tidak mahukan rijal yang mengimamkan solatnya dan menjadi zaujah yang setia dalam susah mahupun senang..


"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: ayat 132)


Moga rijal yang hadir dalam hidup ku bukan hanya rijal yang hanya kasih sayang atas nafsu semata~mata
tetapi..kasih sayang dalam mencari redhaNya sehingga membawa ke Jannah yang abadi..


*Pesan Ustaz Azhar Idrus: Biar tak cantik, boleh tutup lampu..*
*Pesan seorang mak rakan usrah: Biar tak hensem boleh pejam mata, tapi kalau tak baik hati, boleh jadi sakit hati...*